Thursday, November 4, 2010

Mengapa guru pelatih, novis dan berpengalaman perlu melakukan kajian tindakan?

Sebagai seorang guru novis, banyak perkara baru yang perlu dikuasai dalam melaksanakan proses P&P yang lebih efektif dan berkesan serta mencapai objektif pengajaran. Antara sebab mengapa guru pelatih dan guru novis perlu menjalankan kajian tindakan di dalam pendidikan ialah:

baca artikel selanjutnya di sini

Pembelajaran Kooperatif

TEACHER MISCONCEPTIONS AND UNDERSTANDING OF COOPERATIVE LEARNING: AN INTERVENTION STUDY
SALAH KONSEP DAN PEMAHAMAN GURU MENGENAI PEMBELAJARAN KOOPERATIF : SATU HALANGAN KAJIAN
Mary Koutselini
University Of Cyprus, Nicosia, Cyprus

ABSTRAK:
Kajian ini mengenai guru sekolah menengah di Cyprus. Ianya mengenai mendedahkan konsep guru mengenai pembelajaran kooperatif, membantu guru melalui simulasi pembelajaran kooperatif untuk membina sifat yang membezakannya dengan kumpulan kerja tradisional. Guru sebelum kajian ini mempuyai tanggapan buruk pada pembelajaran kooperatif kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak memastikan kolaborasi, kejelasan dan interaksi antara pelajar. Sikap mereka berubah sepanjang kajian kajian tindakan dan berlaku simulasi pembelajaran kooperatif mendedahkan karakteristik dalaman dan luaran.

baca artikel selanjutnya<<--klik sini

------------------------
**Apakah pula persepsi kita tehadap
pembelajaran kooperatif??

Guru Perlu Ubah Persepsi

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Aug 29 2007 | Motivasi Guru

Apabila guru mempunyai persepsi yang salah terhadap sekolah, kelas, dan pelajar maka sukar untuk mereka bermotivasi dalam mengajar dan mengatasi cabaran sebagai seorang guru. Berikut adalah beberapa contoh persepsi yang wujud:

  • Sekolah ini sekolah kampung, pelajar-pelajar di sini pastinya rendah kualitinya.
  • Sekolah ini untuk anak-anak orang kaya dan ternama, pelajar-pelajar di sini pasti bermasalah.
  • Kelas ini memang kelas tercorot, buat apalah menyediakan bahan-bahan yang banyak dan bersungguh-sungguh,mereka bukannya boleh buat.
  • Pelajar ini memang bermasalah, nasihat pun tidak berguna.
  • Pelajar ini mengadu pada ibu bapanya hinggakan mereka datang buat kacau di sekolah, janganlah pedulikan dia.

Malah pelbagai lagi persepsi yang wujud dalam fikiran seorang guru. Persepsi menentukan fokus dan emosi mereka. Apabila guru fokus kepada masalah mereka menjadi kurang bermotivasi. Sebaliknya apabila guru fokus kepada penyelesaian mereka pasti bermotivasi mencari jalan dan melihat pelbagai alternatif yang boleh digunapakai.

Mari kita hayati kisah di bawah:

Satu hari seorang Profesor telah datang ke sebuah sekolah dan menawarkan khidmatnya untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Pengetua sekolah itu telah memberikan persetujuannya. Profesor lalu bertanya apakah kriteria yang digunakan bagi menentukan pelajar-pelajar untuk memasuki sesuatu kelas. Pengetua lalu menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini ditentukan kelasnya berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan mereka. Lalu Profesor mencadangkan agar pelajar-pelajar diasingkan mengikut tahap IQnya dan bukan pencapaian peperiksaannya. Satu ujian IQ telah dijalankan untuk semua pelajar-pelajar dalam sekolah itu. Soalan ujian IQ ini telah disediakan oleh Profesor sendiri dan dia jugalah yang menentukan kelas pelajar-pelajar hasil daripada ujian IQ tersebut.

Hasilnya, satu rombakan besar-besaran terpaksa dilakukan. Ada pelajar dari kelas tercorot telah naik ke kelas pertama dan begitu juga sebaliknya. Profesor telah berpesan kepada semua guru-guru bahawa mereka perlu sabar menghadapi pelajar-pelajar yang tinggi IQnya sebab itu memang tingkahlaku mereka. Guru yang mendapat pelajar-pelajar yang tinggi IQnya cukup bermotivasi dan seronok. Maklumlah pelajar-pelajar dalam kelas itu pandai-pandai belaka. Guru ini telah lakukan segala-galanya, mengajar bersungguh-sungguh dan menyediakan pelbagai bahan tambahan. Apabila ada cabaran yang terlalu besar, Profesor tetap ingatkan guru ini, pelajar yang tinggi IQ memang begitu. Guru ini percaya.

Setelah beberapa bulan berlalu satu ujian pencapaian telah dilakukan dan menakjubkan pelajar dalam kelas pertama dan kedua telah menunjukkan pencapaian yang mebanggakan. Malah pelajar yang di kelas tercorot juga meningkat pencapaiannya. Guru-guru gembira dan Pengetua rasa terhutang budi dengan Profesor. Profesor lalu dijemput semula datang ke sekolah dan dimaklumkan tentang hasil pencapaian tersebut.

Ketika Profesor memberikan ucapan di hadapan Pengetua dan guru-guru dia lalu berkata:

“Guru-guru yang saya hormati sekalian. Hari ini saya mahu nyatakan satu rahsia. Sebenarnya pelajar-pelajar di sekolah ini tidak ditentukan melalui ujian IQ yang telah mereka jalani. Ujian IQ itu sekadar gimik semata-mata. Saya hanya memilih secara rambang setiap pelajar dan tentukan kedudukan kelas mereka. Saya ambil pelajar-pelajar yang asalnya dari kelas tercorot dan saya masukkan ke kelas pertama, kedua dan ketiga. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain. Saya lakukannya tanpa melihat ujian pencapaian atau ujian IQ mereka. Tetapi apa yang berlaku ialah persepsi anda sebagai guru telah berubah. Anda percaya dengan apa yang telah saya katakan dan anda percaya pelajar-pelajar anda mempunyai IQ yang tinggi. Apabila persepsi anda berubah maka cara anda memberikan layanan dan mengajar mereka juga berubah. Mereka akhirnya memperolehi pencapaian mengikut apa yang telah anda dan mereka jangkakan. Malah kelas yang tercorot juga mendadak pencapaiannya sebab pelajar-pelajar di situ sememangnya saya letakkan yang berkebolehan dan mempunyai estim diri yang tinggi. Mereka tidak tergugat apabila diturunkan kelas malah mereka mahu buktikan yang mereka boleh lakukan. Maka inilah hasil yang kita perolehi sekarang dengan mengubah persepsi dan jangkaan kita sendiri”.

Semua terdiam dan tergamam.

sumber~ Motivasi Alihan Pelajar