Saturday, June 25, 2011

INVESTIGATOR


this is 1 of my favourite tv show...pendek kata bab2 siri penyiasatan ni memang minat lah..masa kecik2 dulu minat baca siri penyiasatan '5 SEKAWAN'..kalau cerita kartun, dah semestinya CONAN..hehe

ingatkan jadi cikgu ni ngajar je..rupa-rupanya kena jadi penyiasat gak ek...tak nanti cikgu disiplin, cikgu mata pelajaran pun kena menyiasat...kena siaisat setiap kelemahan pelajar...pastu kena jadi doktor plak, bagi UBAT yang sesuai dengan PENYAKIT pelajar tu... ;)



leceh..memang la leceh..bak kata Tuan Pengetua Basree, nak buat ke, tak nak...hehe..tapi banyak faedahnya jika kita buat bebetul ANALISI ITEM ni, kita akan ketahui kelemahan pelajar kita tu..bab mana yang perlu diberi penekanan..kalau kita hanya kira je berapa ramai yang betul tuk soalan 1 misalnya, kita takkan tau siapa empunya diri yang betul dan siapa plak yang salah tu...akhirnya kita hanya buat analisis tu sebab pentadbir yang suruh..sebab nak kena ada simpanan dalam fail panitia...akhirnya kita buat tapi ia tidak mencapai objektif..sayang sekali, keje yang kita buat tu hanya sia-sia..

dan ada 1 lagi siri penyiasatan yang perlu dibuat oleh cikgu2...ramai yang pening dan serabut perut bila sebut bab ni, HEADCOUNT..hahaha...semua sekolah buat..tapi tu lah, tak ramai yang menggunakannya...tak kurang jugak ramai yang merungut..mengarutlah!! tak logik lah!!...




tak logik, mungkin kerana sekolah meletakkan sasaran yang terlampau tinggi..dan ramai daripada kita tak tau camna sebenarnya nak meletakkan ETR setiap pelajar, termasuklah saya...saya pun baru tau minggu lepas, rupanya ada formula dan caranya tuk buat ETR agar ia lebih realistik.moga pihak sekolah dapat mengadakan kursus HEADCOUNT yang sebenar-benarnyanya...

HEADCOUNT Sebagai Panduan Guru(klik sini)

saya tengah buat analisis sekarang ni...banyak yang bermain dalam pemikiran sekarang ni...insyaAllah agar keje yang dibuat ni tak sia-sia, saya akan bagi homework yang berbeza kepada diaorg sebagai ulangkaji...setakat ni saya cuma pecahkan bebudak tu kepada kumpulan yang berbeza mengikut tahap pencapaian (berdasarkan HEADCOUNT) semasa p&p dan alhamdulillah ada sedikit harapan di situ..moga bebudak ni sedar tanggungjawab diaorg sebagai pelajar, dan saya dapat bantu diaorg tuk SKOR, insyaAllah.