Antara yang disarankan ialah tentang aspek berfikir sebagai satu cabang pendidikan.
- Hindari pelajar dari sikap meniru semata-mata.
- Dalam proses pembelajaran, perkara yang mudah perlu didahulukan dan dipastikan bahawa mereka memahami sepenuhnya sebelum berpindah ke suatu perkara yang lebih sukar.
- Pelajar tidak boleh dipaksa untuk menghafal di mana ini akan menghilangkan kreativiti dan mengakibatkan kejumudan fikiran.
- Seterusnya, subjek yang diajar perlu ada kesinambungan antara yang satu dengan yang lain dan dua subjek yang berlainan tidak boleh diajar secara serentak demi memastikan satu-satu subjek benar-benar difahami.
- Menurut Ibn Khaldun lagi, kecenderungan meringkaskan teks sehingga hilang fakta-fakta penting menjadikan matlamat sebenar penyampaian ilmu terbantut.
- Pelajar perlu dilayan dengan penuh hikmah dan tindakan secara tegas perlu dielakkan kerana memberi kesan yang negatif dalam diri pelajar.
- Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga harus mempamirkan akhlak yang terpuji.
- Para sarjana pula digalakkan untuk mengembara dan menghadiri majlis-majlis ilmu di luar negara.
- Pendidikan perlulah sesuatu yang praktikal dan ilmu yang disampaikan perlu kepada rasional akal fikiran terutama yang berkaitan dengan sejarah dan peristiwa-peristiwa kemasyarakatan.
- Akhir sekali di dalam bukunya tentang pendidikan ialah dalam mempelajari sains, kemahiran amat diperlukan.
kupasan Ibn Khaldun Terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Lima perkara penting yang diketengahkan oleh beliau, yang paling utama adalah penyediaan pendidikan agama iaitu
- pengajaran Al-Quran,
- penyediaan teknik pengajaran yang berkesan,
- penyediaan pendidikan akhlak,
- penyediaan pendidikan psikologi
- penyediaan pendidikan sosial.
Antaranya adalah tegahan mengajar dua disiplin ilmu secara sekaligus dalam satu waktu kecuali terhadap anak-anak yang memiliki kecerdasan otak dan semangat yang tinggi.
Seterusnya, tentang bahayanya hukuman keras ke atas anak-anak,
- tidak boleh melakukan paksaan, menegur kesalahan anak-anak dengan kasih sayang dan sekiranya tiada perubahan barulah kekerasan digunakan.
- Anak-anak tidak boleh dipukul lebih dari tiga kali dalam satu-satu masa.
- Walau bagaimanapun, ibubapa dilarang untuk terlalu berlemah lembut kerana ini boleh melalaikan anak-anak.
- Juga disarankan untuk membiasakan anak-anak untuk menghormati tetamu dan melarang mereka kecuali pada waktu yang sesuai.
sumber: mukabuku
p/s: moga artikel ini dapat dijadikan rujukan dan panduan buat para pendidik dan ibubapa...
No comments:
Post a Comment