Saturday, November 21, 2009

LESSON STUDY Programme

LESSON STUDY (LS)merupakan kaedah yang telah lama digunakan di Jepun dan Amerika Syarikat. Mengikut kajian, kaedah ini telah berjaya meningkatan prestasi murid-murid Jepun melalui perkongsian ilmu dikalangan guru-guru dengan menggunakan kaedah LS sebagai terasnya.


Sesetengah sekolah di Malaysia mempraktikkan penghasilkan Rancangan Pengajaran (RP) secara bersama. Idea sedemikian adalah hampir sama dengan LS, cumanya LS direkabentuk supaya guru-guru bukan sahaja dapat menghasilkan RP yang sama tetapi juga penghasilannya secara R&D. Pada peringkat awal penghasilannya guru-guru boleh la menggunakan pengalaman sebagai teras utama semasa pembinaan RP berbekalkan Teknik Pengajaran dan Pedagogi. klik sini-bahan bacaan tambahan.


*Berikut merupakan Bengkel Lesson Study- Panitia Sains; yang saya jalankan di SMKG pada 5 November 2009. Moga perkongsian ilmu ini dapat mengahasilkan RP yang lebih berkualiti, berpusatkan murid dan ke arah pembelajaran sains yang lebih menyeronokkan. Ini bersesuai dengan tema yang telah kami tentukan bersama iaitu "Learning Science is Fun".


sesi Pengenalan kepada Lesson Study
Cikgu Nor Asmah Baharom berkongsi ilmu yang diperolehi daripada seminar yang dihadirinya; berkenaan teknik-teknik pengajaran yang berpusatkan murid dan menyeronokkan. "Mempelajari Sains seharusnya seronok dan bukan seperti yang pelajar kita hadapi sekarang membosankan dan stress"
sesi bengkel semasa proses penghasilan RP yang lebih mantap dan sesuai dengan aras murid tanpa melupakan tema "Learning Science is Fun"

Perkongsian hasil RP. Cikgu Naeimah membentangkan Sains Tingkatan 1; Bab 1

>>kepada semua cikgu-cikgu sains SMKG, terima kasih di atas kerjasama yang diberikan...InsyaAllah Bengkel Lesson Study; Fasa 2 akan memberi lebih pendedahan kepada teknik-teknik pengajaran yang menarik...sesungguhnya idea ini hanya tinggal idea sahaja dan terkubur bersama bengkel ini andai kata kita tidak mengaplikasikan apa yang diperolehi pada hari tersebut..ia bukan idea yang baru cumanya disusun semula agar lebih bermakna..All the Best to All of You..don't forget our mission for January 2010, complete RP; Bab 1 untuk semua tingkatan..insyaAllah..."Jadikan MASALAH sebagai CABARAN dan bukannya HALANGAN"

Friday, November 20, 2009

Bilik kelas yang kondusif

Persediaan ke arah mewujudkan suasana makmal yang kondusif..warna hijau dipilih supaya makmal kelihatan labih segar dan ceria dan moga2 pelajar juga begitu hendaknya...amin
Sebagai persediaan awal sebelum p&p, guru2 disarankan supaya bilik kelas berada dlm keadaan yang kondusif...makanya saya sentiasa memastikan makmal sentiasa berada dlm keadaan yang bersih dan kemas...kadang2 saya akan meminta pelajar2 yang bertugas pada hari tersebut untuk bertugas dalam makmal dlm 10-15min @ kadang2 saya akan mendenda pelajar2 yang tidak membuat homework untuk membersihkan makmal...sekurang2nya..persekitaran pembelajaran bersih & teratur semasa p&p berlangsung..

Quotes for teacher...

http://www.nonstopenglish.com/reading/quotations/k_teachers-and-teaching.asp
http://www.inspirational-quotes.info/teacher-quotes.html
http://www.quotegarden.com/teachers.html

Thursday, November 19, 2009

MAKE A DIFFERENT

sila hayati..dalami...dan fahami..

klik sini

*biarku sentuh jiwamu*

ini program yg sy jalankan sendiri...kaedah ni sy jlnkan dari semasa ke semasa dan bila dirasakan perlu..setelah berkhidmat di dua buah sekolah yg majoritinye anak Melayu...sy dapati yg anak Melayu semakin layu..sy bukan seorg kaunselor...tapi sy percaya dgn berbekalkan ilmu psikologi dan kelas psikologi remaja (subjek pilihan) yg sy ambil semasa di universiti dahulu sedikit sebanyak boleh sy adaptasikan utk melahirkan 'Modal Insan Gemilang' yg sering diwar-warkan suatu ketika dahulu..

walau bagaimanapun, hasil perbincangan dengan beberapa org guru yg mengajar di sekolah bukan majoriti Melayu..perkara yg sama turut berlaku..kesimpulannya..anak remaja sekarang terlalu alpa dan lalai dengan kesenangan yg dimilikinya skrg tidak mengira bangsa dan negara...

anak didik sy lemah dlm chemistry..hampir setiap thn sy buntu mencari cara yg paling sesuai setiap kali mengajar..sy menggunakan approach yg berbeza2 setiap thn..hasilnye..alhamdulillah meningkat..tapi dlm nilai yg kecil...


sepanjang mengajar topic 'chemical & formulae' , sy telah mendedahkan pelajar dgn pelbagai bentuk soalan...dan setiap pelajar diberi bimbingan dr meja ke meja..dr individu ke individu..tetapi hasilnya..kurang memberansangkan..masih terdapat pelajar yg tidak boleh menjawab soalan2 ujian..ada yg x kena ni...

"mungkin soalan aku ssh...mungkin soalan ni aku x bincangkan dlm kelas..tapi bukankah pelajar sepatutnya mengulangkaji..inikan pula kelas pure science..nape x seperti yg diharap ek" sy bermonolog sendiri...

kemudian sy try guna kaedah ini...setiap pelajar perlu berjumpa dgn sy 1 by 1...sy cuba mengorek cerita dr hati ke hati..sambil menyemak fail mereka...sy bersembang dgn santai...ajukan soalan yg mudah2...parent keje ape? dok kat mn? nanti nak keje bidang ape? target tuk final exam brape? kenapa asyik x lulus je?...di awal perbualan selalunya...bebudak ni kurang bercakap dan selepas 5-10min diaorg akan lebih terbuka dan mula bercerita...

setakat ni, alhamdulillah..rasanya sy dah dig down to the root of their problems...xde masalah sgt pun..ya..ade 2-3 org yg nangis masa sesi ni berlangsung...sy pun naik cuak..tapi rupanya nangis sbb menyesal dan sebelum ni xde yg pedulikan emosi mereka...emosi remaja ni very fragile...kadang2 dek krn kurang yg bg perhatian di rumah, mereka rasa terabai dan lost...akhirnya kurang study...x dpt fokus...selebihnya xtau hala tuju..xde cita2 pun ade...harap2 sesi ni jadi wakeup call tuk diaorg...spy berubah ke arah yg lebih positif...amin

i'm always be here my dear students..don't worry k...

masih ada yang sayang....

*parent dan ahli keluarga cuba beri lebih perhatian dan tunjukkan rasa kasih sayang sesama sendiri..kadang2
sayang perlu diucap...



make a different

~silent DEPRESSION !!~

mcm mn kite nak tau yg kite ni mengalami depression?
& is it normal kalo terjadi kat kita?..

baru lepas berborak2 dgn kaunselor sekolah pasal ni...kite mengalami depression sebenarnye kalo kite...rs malas nak uruskan hidup kite..malas nak mkn walaupun lapar..malas nak mengemaskan diri..malas nak bersosial..kite sebenarnye bukan seorg pemalas (kalo sentiasa malas tu lain cerita ye..) tapi kite sedang menghadapi DEPRESSION..mengikut kaunselor, kalo kanser ni dah peringkat ke-3..teruk bangat dah ni..fullamak x sangka lak...coz benda ni terjadi kat saya last month..

tapi alhamdulillah saya cepat sedar...dan dah pulih pun..so mengikut kata kwn saya ni..mmg normal sbg manusia kadang2 kite akan rasa camni (alhamdulillah normal lagi saya..hihi)..dia pun tny la mcm mn saya handle..saya just luahkan pd sorg kwn ape yg membelenggu...kwn saya ni mendengar je...habis je bercerita saya rasa cam ade seketul batu dah hilang..dah tak rasa mcm sebelum tu..tak rasa beban tu dah..saya kembali happy cam biasa..then kwn saya kata mmg itu la yg sepatutnye dilakukan...disamping mendekatkan diri pd yg Maha Esa..

diharap rakan pendidik sekalian dpt menguruskan bebaik tekanan yg dihadapi spy kita tak terperangkap dgn emotion breakdown ini..segera dptkan bantuan & panduan..dan moga kita menjadi pendidik yg cemerlang insyaAllah..

dan mengikut kata kwn saya lagi..ramai dikalangan students yg camni...tu yg diaorg xleh nak fokus pd study..dan kerana faktor umur gak..diaorg xtau camne nak handle..makanya ramai yg salah memilih jln hidup..subhanaAllah..

kenali la students anda..bkn hanya berdasarkan gred semata2 tetapi cuba la selami diri mereka..moga dgn keperihatinan kecil daripada kita dpt membentuk insan yg cemerlang...amin

wallahu'alam..

mari mewarna...


masalah pelajar2 ni selalunya ssh nak ingat colour of ions kan..masalah ni akan berlanjutan masa nak belajar electrochemistry, salt, oxidation & reduction...selalunye bebudak saya gagal mengingati warna solution..

pkr punya pkr...saya came out with this solution...bagi sekeping kertas yg ade bnyk test tube diagram dan mintak students tolong buat solution tuk selected chemical...lagi bnyk chemical lagi bagus...pastu bebudak observed the colour of ions mengikut group...then diaorg kena colour kan..

tuk electrochemistry lak..saya set up 4 types of electrolysis..pastu bebudak kena observed dan colour kan diagram yang dibekalkan...masa observation tu..kite terangkan la lebih skit...disebabkan saya x ngajo lagi teorinye...saja je start ngan observation...makanye penerangan lebih kepada apa yang sepatutnye dilihat...kekadang bebudak ni kurang peka skit...



//kenapa x ajo teori dulu? coz sj nak bagi fun skit...dan tarik minat students...xla diaorg rs ssh masa belajo teori nanti


masa ajo redox lak x sempat la nak buat semua experiment kan..makanye guna kaedah perbincangan...pengetahuan sedia pelajar dah ade tentang colour..so gunakan pengetahuan tu..

alhamdulillah ingatan bebudak ngan teacher nye skali bertambah baik...ekekeke

Pembelajaran &Pengajaran yang 'landing'

SENARAI SEMAK / GARIS PANDUAN P&P BERKESAN

1. Persediaan Awal:

1.1 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan terkini yang merangkumi sepanjang tahun persekolahan semasa.
1.2 Persediaan mental dan fizikal.
1.3 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian berdasarkan tahap kebolehan dan keupayaan pelajar dan mengandungi:
-objektif atau hasil pembelajaran yang boleh diukur
-aktiviti yang sesuai
-penggunaan BBM yang sesuai
-menepati waktu yang telah ditetapkan
-set induksi yang menarik dan merangsang minat pelajar

2. Pelaksanaan Pengajaran Pembelajaran / Penyampaian

2.1 Menepati masa
2.2 Bilik kelas yang kondusif
3.3 Memastikan pelajar berada dalam keadaan bersedia
2.4 Guru menyampaikan pengajaran dengan:
-memulakan pengajaran dengan set induksi yang menarik
-mengamalkan pendekatan berasaskan prinsip mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak
-hubungkait pengajaran dengan kehidupan pelajar
-menggunakan bahasa yang tepat
-menggunakan bahan pengajaran yang sesuai dan berkesan
-kaedah p&p berpusatkan pelajaran
-melaksanakan aktiviti mengikut pelbagai kecerdasan
-fleksibel mengikut situasi
-penilaian berterusan semasa p&p sama ada secara lisan atau bertulis
-mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif

3. Tindakan Selepas Pengajaran Pembelajaran

3.1 Guru memberikan latihan/tugasan kepada pelajar dengan:
-mengikut keupayaan dan kebolehan pelajar
-tugasan mesti berkait dengan tajuk yang dipelajari
-menunjukkan kesilapan pelajar
-memeriksa latihan dlm tempoh/kekerapan yang munasabah
-memberi ulasan yang membina
-memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik
-memastikan pelajar membuat pembetulan
-membuat refleksi kekuatan dan kelemahan pelajar
-membuat penutupan sosial (kenyataan yg mententeramkan emosi pelajar dan persediaan untuk pelajaran akan datang)

ULANGKAJI TERPIMPIN...hehe

bahagikan bebudak kepada kumpulan2 mengikut aras bebudak tu la...

bahagikan kpd 3 kumpulan...
pastu pasangkan plak diaorg ni...ikut kesesuaian (kekadang kalo pilih sendiri..bkn study..nyembang lak)

group 1 & 2 (GROUP TARGET)- pilih sendiri topic2 yg nak diulangkaji
group 3 (HALUS=harap lulus) - aku yg tentukan topic mn yg perlu dibuat..

setakat ni..diaorg buat soalan2 past years 2002-2006 (susun ikut topic)
senang skit nak pantau topic mn yg diaorg lemah..

lepas buat..diaorg marking sendiri ikut skema..kalo ade yg diaorg x phm..diaorg akan tanya @ i akan ajar masa ronda2 tu..

lepas ni soalan2 TRIAL NEGERI2 lak..

//selamat mengulangkaji cool.gif