Friday, October 22, 2010

KAJIAN TINDAKAN: Pandang2 Jeling2

Last year, 2009 saya telah menjalankan 1 Kajian Tindakan (KT) ke atas bebudak KIMIA yang bermasalah dalam menguasai kemahiran menulis formula sebatian kimia..berikut saya kongsikan abstrak kajian dan laporan penuh kajian ini..moga cikgu2 yang menghadapi masalah yang sama dengan saya dapat menyelesaikan masalah sejagat ini..wallahu'alam

ABSTRAK

Mengusai kemahiran menulis formula sebatian kimia adalah penting kerana ia merupakan asas utama dalam mempelajari kimia. Kemahiran ini mula dipelajari di dalam tajuk tingkatan 4; Chapter 3 Chemical Formulae and Equations; subtopic 3.5 Chemical Formulae.. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan secara rambang semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kebanyakan murid sukar menguasai kemahiran menulis formula sebatian kimia dengan tepat. Murid-murid bukan sahaja tidak dapat menulis simbol unsur-unsur dengan betul malah tidak dapat menentukan bilangan atom setiap unsur dalam sebatian dengan tepat. Masalah ini sekiranya tidak ditangani akan menyebabkan murid-murid gagal membentuk persamaan kimia dengan betul kelak. Masalah kerap berulang semasa murid-murid membuat latihan dan menjawab peperiksaan. Bagi mengenalpasti permasalahan dengan lebih tepat, ujian Pra telah dilakukan ke atas 13 orang murid tingkatan 5 Elit. Malah temubual dengan murid juga turut dilakukan bagi mengenalpasti punca utama permasalahan. Didapati 61.5% murid lemah dalam mengusai kemahiran ini. Ini jelas menunjukkan permasalahan ini serius dan perlu ditangani dengan segera. Oleh yang demikian, tiga aktiviti telah diperkenalkan bagi merungkai permasalahan ini. Aktiviti pertama Reka Cerita, di mana murid-murid secara berkumpulan perlu mereka cerita dengan menggunakan simbol-simbol unsur daripada kumpulan ion yang sama. Kaedah mnemonic ini cuba diterapkan dalam kaedah pembelajaran murid. Pandang-Pandang, Jeling-Jeling merupakan aktiviti kedua di mana murid-murid diajar menulis formula sebatian kimia daripada formula ion unsur. Aktiviti ketiga yang juga merupakan aktiviti terakhir adalah Perang Minda. Aktiviti ini merupakan kuiz berkumpulan, bagi meningkatkan daya saing antara murid. Peningkatan pencapaian jelas ketara setelah ketiga-tiga aktiviti dijalankan. Ujian Pasca menunjukkan masalah murid yang lemah dalam kemahiran ini telah dapat di atasi. Penyelidik berpuas hati dengan dapatan kajian dan berharap agar kajian ini dapat membantu guru-guru yang menghadapi masalah yang sama.

Laporan KT>> klik di sini

Tuesday, October 19, 2010

BLOG rujukan

blog ni sesuai tuk cikgu2 sains merujuk..semua pun ada..

Blog PANITIA SAINS>>klik sini