Cikgu : Saya harap pelajar semua dapat memberi kerjasama minggu ni. Nazir akan berada di sekolah kita selama 3 hari. Tolong jaga tingkah laku dan adab. Terutamanya jika kelas kamu dipantau Nazir. Nazir akan berada di dalam kelas kamu semasa kamu belajar.
Murid A: Cikgu, siapa Encik Nazir tu?
Cikgu : Bukan Encik Nazir la, Jemaah Nazir.
Murid B: Kenapa Nazir tu nak datang berjemaah di sekolah kita.
Cikgu : ???? ~
*******
camtu la lebih kurang dialog antara seorg rakan guru dengan bebudak kelasnya...hehehe...biasa la kan, anak didik ni mana la nak tau sangat bab2 Nazir ni...bagi diaorg kalau pakai kot tu, pelawat la..yang kecut perutnya cikgu2 yang nak dipantau dan geng pentadbir...
10-12 April 2011 yang lalu, seramai 4 org Nazir telah berkampung di SMKG..memasing berpeluh ketiak gak la mencari dokumen-dokumen yang diperlukan...tak kurang jugak yang menyiapkan dokumen...peluh dingin, peluh jantan semua keluaq habih aih..ekekeke..alhamdulillah semuanya dapat ditangani dengan baik dan bijaksana...it's all about the team work...good job everybody..
for me personally, ada baiknya...kalau la diri ini yg dipantau of course la, butterfly in the stomach gak at that time...tapi apa yg baiknya, komen2 positif daripada Nazir...kadang2, disebabkan keadaan sekeliling membuatkan kita lupa walhal kita tau...misalnya, cara2 pengurusan fail..ada yang tau, tapi lupa..dan kita selalunya ikut petua org tua2 'masuk kandang kambing, mengembek..masuk kandang harimau, mengaum'...jadinya kita hanya follow je, walhal kita tau ia tidak sepatutnya begitu..takut nanti dikatakan 'lebih sudu daripada kuah'...
Ini tips daripada Nazir bagi pemantauan p&p:
1. Gunakan BBM yg biasa anda guna.
misalnya, anda tidak pernah atau jarang menggunakan LCD semasa p&P. Semata-mata ingin mendapat markah lebih, anda menggunakannya pada hari tersebut. Ia mungkin merupakan mimpi ngeri buat anda, andainya alat tersebut tidak berfungsi dek kerana tersalah pasang atas sebab terlampau gabra...markah penuh akan diperolehi sekiranya anda menggunakan semaksimum mungkin BBM yang ada, walaupun hanya 2..
2. RPH- aktiviti
Untuk bahagian 'aktiviti', tulis secara terperinci aktiviti yang dilakukan murid dan bukannya aktiviti yang dilakukan guru. Mengikut Nazir, kebanyakan guru menulis 'penerangan', dan ini adalah SALAH. Banyakkan perbincangan berkumpulan di dalam kelas dan minta murid bentang hasil perbincangan di hadapan kelas. Latih murid untuk menjadi pemimpin dan aktif memberikan pendapat di dalam kelas.
Mengikut kata Nazir lagi, seorang Guru Cemerlang A telah membahagikan muridnya kepada 2 kumpulan selepas pengajaran teori. Kumpulan 1 diberikan latihan, manakala kumpulan kedua dikumpulkan dan diulang penerangan. Ini dilakukan semasa proses pemantauan Nazir. Menarik bukan??
>>kadang2 kita biasa melakukan kaedah ini semasa p&p tetapi tidak pada hari dipantau. Alasannya takut nanti kelas jadi kelam kabut kerana murid yang membuat latihan akan berjalan-jalan mencari jawapan + bersembang...keadaan ini akan menimbulkan rasa kurang selamat bagi guru bukan? makanya kita kena ada kemahiran mengawal kelas bagi menangani isu ini..
>>seorg rakan guru di sekolah lain, ada juga berkongsi teknik mengajar yang lebih kurang sama..memandangkan kami mengajar Kimia (killer subject), akan berhadapan dengan 3 jenis pelajar (cemerlang, sederhana & lemah) dalam 1 kelas (sekolah harian biasa). Guru tersebut akan bahagikan mrk kepada 2 kumpulan (seperti Guru Cemerlang A) selepas 30min sesi pembelajaran teori...latihan diberikan kepada semua..kumpulan pertama cuba menyelesaikan soalan tersebut secara berpasangan manakala yang lemah akan berkumpul di satu meja dan menjawab soalan dengan bantuan guru..
>>makanya saya pun cubalah resepi Cikgu Kimia tu sepanjang minggu ini...selepas saya mengulang semula teori yang telah mereka pelajari dalam kelas sebelumnya, saya memberikan soalan latihan.. kemudiannya saya buka tawaran "siapa yang tak faham, boleh duduk di meja belakang"..agak terkejut, 3/4 pelajar menderu ke belakang kelas...aduyai!!! Penatnya terang tadi, ramai gile yang tak paham..setelah ditapis-tapis, bukannya tak paham langsung tapi confius..itulah dia, bebudak yg sederhana, confius sokmo!!! sabau je la...huhu~ hari ini, cubaan yang ke-3; alhamdulillah, bebudak yang lemah dah bleh menjawab soalan berbentuk analisis...harap2 diaorg bebetul la paham..kang kasik soalan yang lain bahannya, takleh nak analisis plak..diaorg ni boleh buat, cumanya nak cara pengajaran '121'...cabarannya bila buat camni, adalah TUMPUAN kita sebagai Guru kepada setiap pelajar...setiap pelajar perlu diterangkan secara detail, guide satu persatu..tadi pun rasa penat uruskan 5 org...kalau ikut list, 9 org yg lemah dan perlu dibantu...maybe tuk next kelas akan dibahagi lagi diaorg ni kepada 2 group lagi..yang semi critical & critical...owh ye, bagi yg lelain tu..saya lantik 5 org GM (Guru Muda) upgrade skit daripada ketua kumpulan...setiap GM bertanggungjawab ke atas 3-4 org...GM perlu mengajar anak buah memasing...GM yang dilantik adalah dalam kalangan mereka yang cemerlang...kelas ni tak ramai yang berada ditahap cemerlang, kalau ramai lagi la mudah...anak buah pula adalah terdiri daripada mereka2 yang berada ditahap sederhana...
3. Teknik pujuk
kalau la 5thn lepas, mungkin saya tidak bersetuju langsung dengan teknik ni...darah muda la katakan, malas nak pujuk2 bebudak ni..tak kuasa aih..tapi semenjak dua menjak ni, darah dah tak muda lagi agaknya, memang inilah teknik yang digunakan...sesekali tu, sound gak la supaya diaorg tau batas-batasnya..kalau berlembut memanjang jadi 'Anakku Sazali' plak kang bebudak ni..
4. Rancang RPH mengikut takwim sekolah
mengikut Nazir, jika kita letak seminggu 2 subtopik, insyaAllah tidak perlu lagi kelas tambahan utuk menghabiskan silibus...pada dasarnya saya bersetuju..
>>malangnya Kelas Tambahn perlu juga dibuat kerana kelas yang sedia ada, kita tak masuk..sebab yang paling utama adalah Mesyuarat...mesyuarat itu penting, tapi alangkah baiknya jika dalam masa yang sama tidak menggangu p&p..dan kekadang ada yang terlibat dengan kes2 disiplin dan lain2 tugas (mengiring pelajar misalnya)..dah la masa p&p tak bleh nak pecut silibus, dek kerana bebudak lambat nak paham...ditambah lagi dengan masa yang kurang makanya terpaksa la jugak dibuat kelas tambahan selepas waktu persekolahan...Kelas Ganti sebenarnya..
5. Agar mudah melaksanakan semua tugas
Tips ini dikongsi oleh salah seorang Nazir; sebelum melangkah keluar daripada rumah ke tempat kerja, amalkan membaca Surah Alam Nasyrah..mudah-mudahan segalan tugasan harian diringan oleh Allah S.W.T
******
makanya sekarang ni tengah kemaskini fail-fail & membuat dokumentasi bagi unit2 yang telah dipertanggungjawabkan ke atas diri ini..harapnya semua ni dapat diselesaikan pada awal minggu depan...dan segalanya dipermudahkanNYA..amin
satu tips yang baik....terima kasih kerana berkongsi maklumat
ReplyDeleteSeronok bc...menambah ilmu...
ReplyDeleteboleh cuba praktikkan ni ☺
Seronok bc...menambah ilmu...
ReplyDeleteboleh cuba praktikkan ni ☺