Tuesday, July 26, 2011

WEEK b4 TRIAL

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur alhamdulillah...silibus tuk semua tingkatan 3 dan 5 telah dapat dihabiskan minggu ni..dalam pada tu, ulangkaji topik2 tingkatan 1 & 2 bagi calon2 PMR DAN ulangkaji topik2 tingkatan 4 bagi calon2 SPM telah dilaksanakan sebelum Peperiksaan Petengahan Tahun lagi sehinggalah saat ini.

Calon2 PMR bakal menduduki Peperiksaan Percubaan Bersama Negeri KEDAH (07 Ogos 2011) manakala calon2 SPM pula bakal menduduki Peperiksaan Percubaan Bersama Negeri KEDAH (14 Ogos 2011)...

makanya sekarang ni tengah mempersiapkan bakal2 calon dengan soalan2 latih tubi sebagai senjata menduduki peperiksaan...

STRATEGI PMR (SAINS)
  • Kelas Tambahan Berfokus (Jumaat 8.30am - 10.30am)
Sasaran : 56 calon (target A & B) - dibahagikan kepada 2 kumpulan
Bahan: soalan2 PPB Negeri2 2009-2010
  • Kelas Berfokus
Sasaran : semua (K1: cemerlang, K2: sederhana, K3: Lemah - dibahagikan mengikut ETR HC)
Bahan : soalan2 PPB Negeri2 2011 (K1 & K2) **soalan2 PMR 2005-2010 (K3)


STRATEGI SPM (KIMIA)
  • sebelum percubaan
  1. Bengkel Kimia (Guru Cemerlang)
  2. Klinik Kimia (pelajar bebas bertanya soalan2 SPM 2005-2010 yang tidak difahami pada bila2 masa)
  • selepas percubaan
  1. soalan2 PPB Negeri2 -K2 (section A) K3 (S1&S2) 15min buat & bincang setiap soalan
  2. K1, K2 (section B&C), K3 (S3) - ulangkaji di rumah
  3. Klinik Kimia (masih terbuka )

moga semua yang dirancang dipermudahkan Allah hendaknya...saya mendoakan agar anak2 didik tidak berputus asa dan terus berusaha...dan saya sendiri, moga tidak pernah jemu berkongsi ilmu dan mendidik..insyaAllah..amin

1 comment:

  1. Salam..

    Saya nak share Portal Pendidikan Mystar.
    untuk (UPSR-PMR-SPM)

    layari www.1mystar.my

    hubungi saya di arief84@gmail.com

    ReplyDelete