GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
"11. Usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai
sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau
kementerian sahaja. Warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu
memainkan peranan yang berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan
tahap profesionalisme masing-masing. Guru janganlah jemu berusaha
untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran
proaktif, kreatif serta inovatif. Saya juga ingin menyarankan agar guru-guru
mengaplikasi dan mengamalkan kaedah pembelajaran dan pengajaran
terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu
menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu." dipetik daripada PERUTUSAN HARI GURU 2011; KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
baca keseluruhan teks>> pdf
**mari kita sahut cabaran ni..sentiasa proaktif, kreatif serta inovatif!! dan jangan jemu k...
Moga kita semua terus bersemangat mendidik dengan ikhlas..
boleh la buat persembahan camni next year..ekekek
No comments:
Post a Comment