~Bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wbt
Hampir 3 bulan lamanya isu ini diperdebatkan. Alhamdulillah segalanya telah selesai kini.
hmmm..secara peribadinya saya terima segalanya dengan hati yang terbuka..dapat banyak, alhamdulillah...dapat sikit pun, alhamdulillah..rancang perbelanjaan dengan baik..infaqkan sebahagian daripada rezeki yang diperolehi ke jalan Allah.
Al-Baqarah [177 ]…. kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; danmendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta,
Aali-imran [92] Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
insyaAllah...walaupun sedikit rezeki yang diperoleh, ia akan cukup dek kerana keberkatan daripada Allah SWT.
sumber: