Thursday, November 15, 2012

Cuti celup-celup!!!

"Hai, Kak Ani. Awal datang sekolah, belum becuti lagi ke?" sapa saya. "Cuti jugak. Cuti celup-celup" gurau Kak Ani. "Ada keje apa hari ni, kak?" tanya saya lagi. "Nak kena pastikan bilik kat blok H tu kemas, tahun depan nak guna buat bilik Bahasa Inggeris" terang Kak Ani. Saya sekadar mengangguk. 

Ramai yang cemburu dengan GURU, kan? Tambah-tambah lagi apabila tiba musim cuti sekolah. Ramai yang beranggapan jika sekolah cuti, guru-gurunya juga turut bercuti, tapi gaji jalan. Betul, kan? Hakikatnya ramai di antara kami yang tidak dapat bercuti sepenuhnya. Bak kata Kak Ani, cuti celup-celup. Hehehehe

Gambar berikut merupakan antara wajah-wajah rakan saya yang masih datang ke sekolah pada waktu cuti persekolahan dan bekerja.


Sebilangan guru-guru yang masih datang ke sekolah untuk menyiapkan kerja yang masih berbaki. 
Banyak juga fail-fail yang perlu dikemaskini. Laporan tahunan yang perlu disiapkan. Kertas perancangan tahun hadapan yang perlu diserahkan.


Masa hari persekolahan biasa, kami sibuk mengajar. Sibuk menyediakan bahan mengajar. Sibuk menyemak buku latihan. Sibuk menyemak folio. Sibuk menanda kertas peperiksaan. Sibuk membuat kelas tambahan bagi menyediakan pelajar-pelajar yang akan mengahadapi Perperiksaan Awam.

Makanya waktu cuti persekolahanlah, masa kami untuk menyiapkan segala kerja-kerja lain.

Yang cuti sepenuhnya adalah para pelajar, kami guru-guru ni CUTI CELUP-CELUP!!!
(^.^)

wallahu a'lam

~wassalam~

p/s: Wahai guru sekalian, walaupun CUTI CELUP-CELUP. Manfaatkan waktu yang minima itu dengan cara yang berhemah bersama ahli keluarga, agar setiap detik yang dilalui adalah bermakna. Selamat BerCUTI CELUP-CELUP. Moga kita semua akan lebih berSEMANGAT menghadapi cabaran pendidikan di tahun hadapan.

Tuesday, November 13, 2012

Legasi Pemikiran Ibn Khaldun dalam Bidang Pendidikan

Menurut beliau, terdapat 10 perkara penting yang perlu diketengahkan dalam menghasilkan satu pendidikan yang berkesan.

Antara yang disarankan ialah tentang aspek berfikir sebagai satu cabang pendidikan. 

  • Hindari pelajar dari sikap meniru semata-mata. 
  • Dalam proses pembelajaran, perkara yang mudah perlu didahulukan dan dipastikan bahawa mereka memahami sepenuhnya sebelum berpindah ke suatu perkara yang lebih sukar. 
  • Pelajar tidak boleh dipaksa untuk menghafal di mana ini akan menghilangkan kreativiti dan mengakibatkan kejumudan fikiran. 
  • Seterusnya, subjek yang diajar perlu ada kesinambungan antara yang satu dengan yang lain dan dua subjek yang berlainan tidak boleh diajar secara serentak demi memastikan satu-satu subjek benar-benar difahami. 
  • Menurut Ibn Khaldun lagi, kecenderungan meringkaskan teks sehingga hilang fakta-fakta penting menjadikan matlamat sebenar penyampaian ilmu terbantut. 
  • Pelajar perlu dilayan dengan penuh hikmah dan tindakan secara tegas perlu dielakkan kerana memberi kesan yang negatif dalam diri pelajar. 
  • Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga harus mempamirkan akhlak yang terpuji. 
  • Para sarjana pula digalakkan untuk mengembara dan menghadiri majlis-majlis ilmu di luar negara. 
  • Pendidikan perlulah sesuatu yang praktikal dan ilmu yang disampaikan perlu kepada rasional akal fikiran terutama yang berkaitan dengan sejarah dan peristiwa-peristiwa kemasyarakatan. 
  • Akhir sekali di dalam bukunya tentang pendidikan ialah dalam mempelajari sains, kemahiran amat diperlukan. 

kupasan Ibn Khaldun Terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Lima perkara penting yang diketengahkan oleh beliau, yang paling utama adalah penyediaan pendidikan agama iaitu 

  • pengajaran Al-Quran, 
  • penyediaan teknik pengajaran yang berkesan, 
  • penyediaan pendidikan akhlak, 
  • penyediaan pendidikan psikologi  
  • penyediaan pendidikan sosial. 
Ibn Khaldun telah menekankan bahawa anak-anak di peringkat awal haruslah didedahkan dengan pengajaran Al-Quran. Ini kerana selain dapat memperkukuhkan aqidah dan keimanan, ia juga dapat membentuk malakah (bererti bakat atau tabiat manusia). Ibn Khaldun telah mengembara ke merata tempat dan melihat pelbagai teknik telah digunakan untuk mengajar anak-anak. Pada akhir fasal ke 40 Muqaddimah, Ibn Khaldun menyatakan teknik yang terbaik adalah teknik yang diarahkan oleh Khalifah Al-Rasyid kepada Khalifah Al-Ahmar yang diamanahkan mendidik anaknya Muhammad Al-Amin. 

Antaranya adalah tegahan mengajar dua disiplin ilmu secara sekaligus dalam satu waktu kecuali terhadap anak-anak yang memiliki kecerdasan otak dan semangat yang tinggi. 

Seterusnya, tentang bahayanya hukuman keras ke atas anak-anak, 
  • tidak boleh melakukan paksaan, menegur kesalahan anak-anak dengan kasih sayang dan sekiranya tiada perubahan barulah kekerasan digunakan. 
  • Anak-anak tidak boleh dipukul lebih dari tiga kali dalam satu-satu masa. 
  • Walau bagaimanapun, ibubapa dilarang untuk terlalu berlemah lembut kerana ini boleh melalaikan anak-anak. 
  • Juga disarankan untuk membiasakan anak-anak untuk menghormati tetamu dan melarang mereka kecuali pada waktu yang sesuai.
sumber: mukabuku

p/s: moga artikel ini dapat dijadikan rujukan dan panduan buat para pendidik dan ibubapa...