agak mencabar diperingkat awalnya,
coz mengikut kwn2 yg ngajar diaorg last year, diaorg ni payah nak buleh..
yg bagusnya bebudak kelas ni, dengaq kata (bak kata org Kedah la)..
tak melawan guru tapi agak selekeh...hehe
makanya bermula Januari, sy didik diaorg supaya berpakaian kemas & berdisiplin...
coz sy berpegang pada kata bijak pandai 'org yg berdisiplin adalah org yg berjaya'
2 bulan yg pertama saya akan selalu ingatkan pelajar lelaki supaya memakai tali leher
dan masukkan baju ke dalam setiap kali kelas ngan diaorg..
masuk bulan ke-3, saya denda hampir separuh pelajar lelaki yang sengaja tidak memakai tali leher dan baju yg terkrluar sana sini..
dendanya simple je, lukis gambarajah di tengah panas selama hampir 15minit...
selepas kejadian tu...hanya 2-3org sahaja yg masih liat memakai tali leher..
sekarang ni dah penghujung bulan April, bila diaorg nampak je saya...
memasing dah sibuk betulkan tali leher & betulkan baju, alhamdulillah..
saya ni ngajar sains...special tuk bebudak ni saya akan escort drpd kelas diaorg sehingga ke makmal...kalau kelas2 lain, saya hanya tunggu kat makmal je...
bukannya apa, yg pertama sebelum turun ke makmal saya akan pastikan semuanya berada dalam keadaan kemas...
yg ke-2 spy xde yg melencong ke tempat lain..tak sampai2 ke makmal..
coz pernah sekali tu, ada seorg budak ni blehnya dia balik terus on the way nak ke makmal tu...
biasa la kan, bebudak kelas akhir2 ni tak minat belajar...
mmg la penat skit...misalnya sebelum kelas diaorg saya ngajar kat makmal..
pastu nak kena naik ke tingkat 2 kelas diaorg & escort smpai ke makmal..
tapi hasilnya alhamdulillah...xde dah yg bleh melencong..hehe
cikgu BI kelas diaorg pun tak kalah dalam mendisiplinkan diaorg ni....
pelajar lelaki yg tidak memasukkan baju ke dalam kena berdiri sepanjang waktu p&p..
kekadang bebudak ni sengaja je, biarkan baju diaorg terkeluar sana sini..
style la konon, tapi menyakitkan mata kita yg menengoknya...
Ustazah diaorg plak, memantau rambut bebudak ni...
kwn saya ni akan menggunting rambut bebudak yg panjang terlampau,
dan masih berdegil walaupun telah di beri amaran...
****
dan betullah kata bijak pandai 'org yg berdisiplin adalah org yg berjaya'
rasa cam nak sengih ke telinga je..
girang tak terkata...
4 org bebudak kelas ni lulus ujian 2...satu pencapaian yg agak bagus
setaraf dengan pelajar kelas ke-5..
dengan IQ diaorg yg agak slow...
dan beberapa org tidak tahu mengeja beberapa perkatan dengan betul..
syukur alhamdulillah..semuanya adalah daripadaNYA jua...
****
owh ye...kami bertiga adalah guru perempuan
dan bukan berjawatan sebagai Guru Disiplin
kami hanya berpegang kepada prinsip
'semua GURU adalah GURU DISIPLIN'
p/s: wahai guru2 semua..selamat mendisiplinkan anak didik memasing ;)
No comments:
Post a Comment