Saturday, June 25, 2011

~masa~

Bismillahirrahmanirrahim.

persekolahan dah masuk semester ke-2..2 minggu ni, agak sibuk...actually sepanjang tahun pun sibuk...dalam 2 minggu ni, ramai rakan sekerja yang balik lewat daripada hari-hari biasa, jam 3pm dan ke atas...selalunya pukul 2pm ramai yang dah start kete...saya plak balik agak lewat daripada rakan-rakan sekerja yang lain..


nape balik lewat ye? jawapannya simple 'keje banyak'...soalan lainnya..nape tak leh siapkan keje2 tu awal ye? jawapannya 'tak cukup MASA'...cam yang kita semua maklum beban keje cikgu ni banyak...dan selalunya cikgu akan bawa balik keje (bawa balik je, buatnya jarang..hehe) waktu keje cikgu pagi 7.30am-2.00pm & cikgu petang 12.30pm-6.30pm...bila dikira waktu bekerja cikgu2 adalah lebih kurang 6jam...semua kerja dilambakkan dalam 6jam tersebut, kelas; mesyuarat; persediaan kelas; dan lain2 lagi...dan otak ni dah set; budak balik sekolah, cikgu pun balik...bagi yang dah berkeluarga, andai balik lewat daripada biasa mesti akan di soal siasat oleh pasangan masing-masing..pastu nak kena bagitau kat pengasuh yang kita ni balik lewat...kadang2 ada gak jiran2 yang bertanya "lewat balik, cikgu?"...cam seolah-olahnya ada satu stigma yang mengatakan habis waktu sekolah maka habislah masa bekerja...kita yang cikgu2 ni pun berpegang teguh pada stigma tersebut..andai ada yang balik agak lewat, akan ada rakan2 yang menegur "balik la, takyah la rajin sangat"...terperangkap dengan situasi dan stigma yang dah terbina berabad lamanya kita pun balik, sebaik sahaja loceng berbunyi..sama2 berpusu-pusu dengan bebudak sekolah...tanpa kita sedari kita sebenarnya terperangkap di dalam timbunan kerja dek kerana 'kekurangan MASA'..

hmmm...saya terfikir..andai setiap hari kita bekerja selama 8-9jam sehari sama seperti pekerjaan2 lain..adakah mungkin kita dapat menyelesaikan sebahagian besar kerja yang telah diamanahkan kepada kita? adakah kualiti pengajaran kita lebih baik kerana kita mempunyai masa untuk memperbaikinya? mungkin kita dah tak perlu bawa balik kerja?...and i think it possible...mungkin jika kita seorang jurulatih bola sepak, bola jaring, bola baling dan lain2 lagi yang memerlukan kita berada di padang pada sebelah petangnya maka kita boleh la balik pukul 2pm..sebabnya kita kena datang bertugas semula...yang menjadi halangannya adalah untuk memahamkan masyarakat sekeliling...terutamanya pasangan masing2..maybe ada yang bermasam muka dek kerana pasangannya tak macam cikgu2 yang lain, pukul 2.30pm dah ada di rumah..dan mungkin hanya ada 1 cara untuk menidakkan stigma tersebut...PEKELILING...kalau tak silap, ada 1 Pekeliling bagi sekolah2 satu sesi..di mana cikgu2nya perlu berada di sekolah sehingga jam 4pm...dan mungkin dengan adanya Pekeliling, takkan ada yang bermasam muka lagi andai pukul 4pm baru sampai rumah, atau seawal pukul 10am dah berada di sekolah bagi yang mengajar di sebelah petang...dan mungkin kita akan berasa lebih tenang kerana banyak kerja yang kita boleh selesaikan...

minggu depan, saya berazam tuk mula bekerja 8-9jam dengan fikiran yang terbuka dan tanpa rasa terbeban (lagi pun takde sape yang nak soal)..dan moga saya tak perlu bawa balik kerja lagi..so, saya boleh rehat betul2 kat rumah tanpa memikirkan kerja..insyaAllah.

No comments:

Post a Comment