assalamualaikum wbt
Semenjak 1-2 tahun kebelakangan ni saya sering berfikir tentang isu TUISYEN...Adakah ia perlu bagi pelajar atau anak2 kita? Adakah wajar Guru Sekolah buat kerja part time dengan menjadi Guru Tuisyen misalnya?
Keperluan Tuisyen kepada Pelajar/ Anak2
Ada yang berpendapat tak perlu tuisyen andai pelajar atau anak kita tu fokus betul-betul di dalam kelas. Setelah mempertimbangkan beberapa faktor, secara peribadi saya fikirkan ada keperluannya bagi sesetengah pelajar.
Sebabnya....setiap individu mempunyai tahap IQ yang berbeza-beza..dan penerimaan terhadap maklumat yang disampaikan juga adalah berbeza-beza antara individu, ada yang cepat dapat dan ada yang lambat dapat ...pelajar yang lambat dapat ini yang perlukan bimbingan yang lebih daripada cikgu..tetapi dengan pelbagai aktiviti di sekolah dan pelbagai kekangan lagi, maka tiada ruang yang dapat diperuntukkan untuk pelajar-pelajar tersebut..maka alternatifnya pelajar ini akan mengambil tuisyen di sebelah malamnya..mungkin juga pelajar kurang faham semasa sesi pembelajaran dan malu untuk bertanya kerana malu dengan rakan-rakan yang lain atau disebabkan faktor kelas yang ramai...maka alternatifnya pelajar ini akan mengambil tuisyen dengan jumlah pelajarnya yang sedikit atau secara 'one to one'...terpulanglah kepada keperluan dan kemampuan masing-masing...
Cumanya kadang-kadang kesian kat bebudak, padat sungguh jadual harian dengan tuisyen...ibu bapa janganlah terlalu memaksa anak2, takut2 nanti stress plak diaorg...
Cumanya kadang-kadang kesian kat bebudak, padat sungguh jadual harian dengan tuisyen...ibu bapa janganlah terlalu memaksa anak2, takut2 nanti stress plak diaorg...
Wajarkah Guru Sekolah menjadi Guru Tuisyen?
Ada yang kata tak wajar dan ada yang kurang tidak bersetuju...secara logiknya ramai yang buat 2-3 kerja sekarang ni untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat, kan? paling tidak pun meniaga secara online...
makanya secara peribadi saya berpendapat tidaklah menjadi satu kesalahan jika seorang guru itu membuat kerja part time dengan menjadi Guru Tuisyen...cumanya kerja utama di sekolah perlulah diutamakan..andai ada aktiviti di sekolah, misalnya berkhemah yang memerlukan untuk bermalam di sekolah jangan la mengelat, kan? berbincang la elok-elok ngan rakan sekerja...dan jangan la juga kerja2 lain (kertas2 kerja) yang diamanahkan tu tak siap...mengajar pun gitu-gitu je, tak bersungguh-sungguh sebab nak tarik ramai pelajar yang ambil tuisyen ngan kita..takleh la camtu, kan? tak amanah namanya tu...

p/s: saya sendiri dulu, minta sendiri nak pi tuisyen masa umur 10tahun...sebab tau diri sendiri agak lemah dlm subjek BI dan Matematik..jadi memang tak rasa tertekan pun..seronok ada la, sebab rasa makin pandai skit berbanding sebelumnya..alhamdulillah...sekarang ni jadi Guru Tuisyen plak, alhamdulillah...moga anak2 didik dapat menguasai subjek yang diambil..amin
No comments:
Post a Comment