~Bismillahirahmanirrahim~
assalamualaikum, rakan pendidik sekalian
Bagaimana dengan p&p kalian di dalam kelas? Adakah masih sama seperti anda praktikal dahulu, atau grafnya semakin menurun? Adakah kalian masih teruja memikirkan apakah kaedah terbaik untuk menjalankan p&p di dalam kelas, atau kalian makin muak dan jelak memikirkannya? Atau mungkin kalian selesa dengan cara p&p yang kalian gunakan sekarang. Bagaimana pula dengan penerimaan anak2 didik pula? Adakah mereka teruja apabila berada di dalam kelas anda, atau mereka kelihatan bosan apabila berada di dalam kelas? Bosan semasa belajar mngkin disebabkan oleh beribu sebab musabab tapi tidak terkecuali sekiranya salah satu sebabnya adalah dek kerana cara kita mengajar yang membosankan mereka.
Saya juga seperti kalian, apabila telah lama mengajar ada masanya tanpa saya sedari saya hanya 'chalk & talk' sahaja. Apa yang penting bagi saya, mereka memahi konsep dan dapat meluahkannya kembali semasa peperiksaan kelak. Saya semakin jarang membuat persediaan mengajar dek kerana sibuk dengan kerja2 pengurusan yang lain.
Jom kita sama2 berubah. Tingkatkan p&p kita. Gunakan segala teknologi yang ada. Manfaatkan internet sepenuhnya. Gunakan Enjin Carian sepenuhnya (google. yahoo dll). Mungkin kalian boleh gunakan laman YouTube sebagai bahan p&p. Mungkin juga kita boleh memuat turun video2 pembelajaran dan masukkan di dalam power point kita.
Apa kata kalian ke laman berikut untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut; YouTube Teachers (klik sini)
Cumanya apa yang kita perlu ingat, kita tetap sebagai GURU di dalam kelas tersebut. Kita tidak boleh menggantikan CD PBK atau Internet sebagai GURU. Terdapat komen daripada Nazir dan juga pemantau2 bahawasanya ada guru yang hanya memasang CD PBK sahaja di dalam kelas tanpa berkata apa2. Kita tidak sepatutnya keliru dengan penggunaan teknologi dalam p&p. Pada pandangan saya yang masih mentah dalam dunia pendidikan ini, kaedah p&p yang terbaik adalah menggabungkan segala-galanya semasa mengajar. P&P akan menarik sekiranya guru tersebut pandai menggunakan teknologi, lakonan, tunjuk cara, hands-on, 'chalk & talk' dll.
Wallahu a'lam
p/s: sekiranya kalian tidak boleh on9 semasa di dalam kelas, kalian boleh memuat turun video2 YouTube melalui software YouTube Downloader (klik sini)
No comments:
Post a Comment