Friday, December 31, 2010

~Guru Cemerlang..Guru Berkesan~

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

  • Bersikap profesional.

  • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

  • Kaya ilmu.

  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

  • Bermoral teguh.

  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

  • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

  • Memastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

  • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

  • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

  • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

  • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

  • Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah

Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki:

(a) kecemerlangan peribadi,
(b) kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran,
(c) kecemerlangan kerja,
(d) kecemerlangan komunikasi, dan
(e) kecemerlangan potensi

1.8 Dari segi peribadi, Guru Cemerlang berkeyakinan diri, adil, bertimbangrasa, beramanah, bertanggungjawab, kreatif, inovatif, sedia berkongsi, bekerjasama, bersikap terbuka dan positif.

1.9 Dari segi pengetahuan dan kemahiran, Guru Cemerlang adalah pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran; peka dan prihatin terhadap keperluan dan kebajikan pelajar; bijak mengurus masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran; dan mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar serta menyediakan program tindak susulan.

1.10 Dari segi kerja, Guru Cemerlang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran pelajar menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar; menerusi kebolehan dan kejayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran; menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis; dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

1.11 Dari segi komunikasi, Guru Cemerlang adalah perintis sesuatu usaha serta berjaya berinteraksi menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan baik secara bertulis mahupun lisan.

1.12 Dari segi potensi, Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan; sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya; sentiasa terlibat dalam kursus, seminar dan bengkel; serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah.

Thursday, December 30, 2010

kisah pada 23/02/2009

dlm 2 minggu ni..sj buat soal selidik kat bebudak tu..3 kelas semuanya..
ala..soalan simple mimple je:

1. saya suka subjek science.
ya / tidak
a) saya suka subjek science kerana........
b) saya tidak suka subjek science kerana........

2. saya suka cara guru science saya mengajar.
ya / tidak
a) saya suka cara guru science saya mengajar kerana........
b)saya tidak suka cara guru science saya mengajar kerana........

3. saya akan suka belajar science sekiranya guru science saya....................

mcm2 komen yg bebudak ni tulis...yg kelakar pun ade...budak oh budak...memacam hal...

secara kasarnya 99% bebudak tu meminati science..dan 99% juga yg suka cara pengajaran saya...senang phm kata mereka...alhamdulillah

dan 99% jugak la akan lebih suka belajar sekiranya gurunya tak garang; sentiasa memberi dorongan; mengambil berat...

saya seorang yg menekankan disiplin n seorang yg tegas masa mengajar...coz niat saya untuk mendidik...selepas soal selidik tu..saya terpanggil tuk ubah style skit...ttp tegas..but guna pendekatan yg lain skit...myb menegur dlm nada yg berbeza dari sebelum ni...more jokes with them..sentiasa dorong diaorg tuk berjaya..dan try to be caring..

tak rugi mendengar keluh rasa anak murid tu..layan emosi diaorg tapi still dlm batas2nye..jgn sampai kite terbeban dah la...curahkan sedikit perhatian dan kasih sayang pada mereka..
teach them n hear them...

moga anak2 ni akan menghadapi dunia luar sebagai insan yg cemerlang...AMIN

~Fun Science Experiment Website~

check these out!! cool science websites...
maybe it can help you to spice up your learning & teaching process...

~based learning programe~

Based Learning Articles

Learning & Teaching Tools

Friday, December 24, 2010

~Program Menangani Masalah Remaja Sekolah~

Bismillahirrahmanirrahim...

Remaja..remaja...takde sekolah yang takde remaja bermasalah..kata Ustaz dalam 'program Soal Asyraf '...takde cara lain tuk menangani masalah remaja2 sekolah ni terutamanya pelajar2 Islam melainkan mengadakan program mendekatkan diri kepada Maha Pencipta..program berterusan...
SMKG misalnya mengadakan Majlis Bacaan Yassin setiap hari Khamis, solat zohor berjemaah bergilir mengikut kelas...dan biasanya pihak sekolah yang majoriti pelajarnya beragama Islam akan mengadakan Ceramah2 Agama dari semasa ke semasa...

Itu program2 yang dianjurkan oleh pihak sekolah...dan setiap kali kita membincangkan masalah remaja2 ni pula, kita akan terus mengatakan segala-galanya bermula daripada rumah..ibu bapa, keluarga..anda setuju? secara peribadinya saya setuju...tapi saya terfikir, apakah peranan kita(guru) di dalam kelas, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung...alangkah baiknya jika kita turut memainkan peranan dalam memastikan program mendekatkan diri remaja2 ini dengan Maha Pencipta berterusan..

ada cadangan daripada seorang ustaz(penceramah), guru menambahkan ayat 'dengan izin Allah' semasa menerangkan sesuatu...misalnya seorang guru sains mengajar " tumbuhan hijau memerlukan air, cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis, dengan izin Allah proses itu pun berlaku" ...dengan ini, pelajar akan sentiasa mengingati Allah dan moga dengan mempelajari ilmu akademik ini, akan mendekatkan diri pelajar dengan Allah...insyaAllah..
dan seperti yang kita semua maklum, senjata umat Islam adalah Doa...mungkin ada beberapa doa yang boleh kita amalkan sebelum, semasa dan diakhir sesi pengajaran..agar Allah permudahkan proses pengajaran kita...dan moga kita dapat menghadapi anak2 remaja yang hebat ini dengan tenang..insya Allah..

moga kita, guru2 tidak jemu memainkan peranan dalam menangani pelajar2 bermasalah ini...dan moga pelajar2 bermasalah itu dapat kembali kepada fitrahnya..

>>moga diri ini dapat mempraktikkannya di dalam kelas nanti..insya Allah...amin

Friday, December 17, 2010

~virus~

Bismillahirrahmanirrahim...

lawaknya la...rasa nak pecah perut tatkala menganalisis jawapan2 bebudak ni...mcm2 jawapan yang terbit...kita ni bagi tips kat diaorg supaya mudah nak ingat...tips tu jugaklah yang diluahkan balik..adeh..budak oh budak...
but 1 thing yg agak membanggakan..yg diaorg ni ingat apa saya sampaikan..alhamdulillah..ini dikira a good progress..satu pencapaian..dengan izinNYA, ingat jugak budak2 ni...setelah diulang beberapa kali, siap ngan skrip jawapan masa buat latih tubi (pecah rahsia.. :D )...of course la dengan pengajaran yg jitu sebelum dikasi skrip jawapan tu...bottom of all, 'faham'..kalau bg skrip je, tapi bebudak tak faham apa yang dipelajari...tu maknanya 'P&P tak landing'..tak mencapai objektifnya

misconception pun tak kurang jugak banyaknya..terbalik..tersalah paham..buat persamaan ion sendiri..hehe..

maknanya..awal tahun ni..nak kena bersihkan dulu 'virus2' ni...sebelum berakar umbi dalam pemikiran mereka tu..lepas tu baru top up ngan bab2 baru...

inilah cabaran yg perlu dihadapi oleh guru2 sains tulen di sekolah harian biasa...bukan setakat nak kena mengajar Fizik, Kimia, Bio, Add maths..tapi kena 'bangunkan' jiwa2 bebudak ni...tambah plak bebudak sekolah luar bandar..bukannya kerana diaorg ni kurang pandai berbanding budak2 sekolah bandar mahupun sekolah2 berasrama penuh, tapi kurangnya tahap kesedaran dan jugak faktor persekitaran...nak plak ditambah ngan virus HY yg menyerang bebudak form 4...virus Honeymoon Year...

moga2 virus HY (Honeymoon Year) diaorg dah abis...bleh start fokus pada SPM..mudah-mudahan Allah beri kesedaran buat mereka ini calon-calon SPM2011..

Cara cetak slip gaji online

1. Masuk ke laman web Jabatan Akautan Negara Malaysia.
Laman webnya http://www.anm.gov.my


2. Klip pada e-penyata gaji dan laporan.
(Dalam kotak merah pada gambar di atas)

3. Klik pada Akses Sistem. Anda boleh buka tatacara pengunaan sistem kalau mahu belajar cara-caranya dengan lebih terperinci.

4. Box macam gambar di atas akan terpapar.
Klik pada Pertama Kali Mendaftar (untuk pengguna baru).

5. Isikan maklumat anda pada ruangan yang diminta. Sesudah siap isi. Klik OK
6. Jika betul dan tiada ralat, anda akan dapati skrin seperti di atas terpapar. Klik pada Daftar Masuk.

7. Skrin seperti di bawah pula akan terpapar. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah anda set.
8. Inilah skrin yang akan anda tengok. Yang makngoh buat merah-merah tu adalah nama betul makngoh dan maklumat peribadi.

9. Slip gaji anda boleh dilihat pada bulatan merah di gambar atas.
Klik Sendiri (pada Penyata Gaji)

sumber>> http://makngohselamoh.blogspot.com

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambahbaik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21

Transformasi KK pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara kita pada tahun 2011 bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah.

Melalui transformasi KK, KBSR diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai KSSR, Kurikulum Standard Sekolah Rendah. P&P akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks.


maklumat lanjut KSSR :
http://www.moe.gov.my/bpk/

~PMR2010~


Analisa keputusan PMR 2010 akan diumumkan pada hari Khamis,
23 Disember 2010 pada pukul 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8,
Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama
mulai jam 10.00 pagi. Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka
melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri kepada setiap calon
berkenaan.

Seramai 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan
pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut seramai 446, 896 adalah calon
daripada sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran. Jumlah Calon Swasta yang
mendaftar ialah 14,756 orang. Calon Persendirian pula berjumlah 334 orang.
Seramai 5,069 orang merupakan calon MRSM dan Sekolah Perintis Tentera.
Sekolah Agama Rakyat mencatatkan jumlah calon seramai 1,250 orang calon
manakala dari Sekolah Agama Tadbiran Kerajaan Negeri pula terdapat 11, 370
calon. Sebanyak 3, 499 pusat peperiksaan telah disediakan untuk peperiksaan ini
di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Putrajaya.
15 Disember 2010

Tuesday, December 7, 2010

sedekad bergelar CIKGU

“bukan ke cuti panjang lagi, takkan nak balik dah kot?”

Jawapannya mudah je “saya bertugas minggu depan, lagi pun ada keje sikit”…”cuti pun sibuk ye?”balas si penanya.. hanya senyuman yg mampu dilemparkan...”org lain pun cikgu jugak, bleh je bercuti sakan, takyah la rajin sangat” tambahnya lagi...part yg paling best kalau ada ayat tambahan ni ”gaji tetap sama gak” ..

***

acapkali ayat2 camni menerjah gegendang telinga ini..hampir sedekad lamanya..lebih kurang 6bln je lagi genap sedekad diri ini bergelar CIKGU...

nak kata apa ye..emmm..basicly i’m not a workaholic (still don’t wanna to admit it..hehe)..tapi keje2 still menghambat diri..maybe kerana keCINTAan yg amat mendalam terhadap profession ini..Ada jugak yg berseloroh..”kalau ada OT ni banyak bleh dapat ni” disambut dgn hilai tawa rakan yg lain..senyum je la kan..rasanya itu la reaksi yg paling baik bagi diri ini..

Kadang2 tu, ada jugak syaitan membisik ”org2 atas ni, mmg la nak memeras org2 suka bekerja ni...yg susahnya kita la..setengah mati nak buat keje2 tu”...astaghfirullahal’azim..cepat2 diri ini beristighfar..bukan apa..kadang2 bila dah penat sgt dan stress..diri ini termakan jugak dgn kata2 drpd org sekkeliling..

Apa yg boleh dapat ye, bila keje teruk2 camni..bagi diri ini, SATISFACTION..kepuasan diri dalam bekerja..dan jugak cam bait2 lagu yg dinyanyikan oleh Maher Zain..

Is ALLAH satisfied

Is ALLAH satisfied

keREDHAan ALLAH S.W.T..hilang semua penat lelah, andai hati benar2 puas melakukan sesuatu tugasan tu..hati ni rasa kembang je..bukannya kembang kerana kebanggaan, tetapi kembang dek kerana kepuasan..hati rasa berbunga2 mcm dilamun cinta pertama…chewah!!! hehe..WORKAHOLIC ke camni ek????

Dalam ceramah seorg motivator kepada sekumpalan pelajar..”anda datang ke sekolah, naik bas...anda pulang ke rumah, naik bas”…maksudnya..tiada apa yg diperolehi sepanjang sesi persekolahan..andai kita hanya pergi dan balik tanpa sebarang matlamat..dan hanya main2 je sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran…diri ini mengambil ini sebagai motivasi diri dalam konteks, seorg pekerja…bak kata my 1st pengetua En Md Noor Md Sharif “Jika kita ingin menjadi seorg guru dan pekerja yg baik..kita perlu tinggalkan sesuatu di sekolah yang kita berkhidmat, sesuatu yg boleh dimanfaat..sebagai sumbangan kita di sekolah tersebut..cikgu cuba fikirkan..apa yg boleh cikgu sumbangkan disekolah ini?” diri ini diam seribu bahasa memikirkan apakah bentuk sumbangan yg boleh diri ini berikan..sifu inilah org pertama yg membangkitkan semangat bekerja dlm diri ini..azimat inilah yg dipegang sejak diri ini bergelar CIKGU..sejak daripada itu..setiap detik dan ketika, diri ini akan memikirkan, “apa lagi yg boleh aku sumbangkan?...apa lagi yg boleh aku buat?..tuk memajukan bebudak ni dan jugak sekolah” bukan nama nama dan pangkat yg dikejar..tapi lebih kepada kepuasan diri dan keredhaan Allah yg dicari..

***

Selepas 3thn bekerja..diri ini lost..tak tau arah tuju..takde matlamat..setiap hari melakukan rutin kerja yg sama..dan akhirnya bosan…ada sekali tu, bersembang dgn Guru Kanan Sains Matematik (GK), Cikgu Rosman..”bila dah jadi cikgu ni, dah takde apa yg perlu dicapai kan? Kalau dulu masa study..kita nak capai target kita..nak skor A..sekarang ni..takde apa2 dah..dah ada keje..lagi pun kenaikan dalam bidang perguruan ni bukannya banyak pun, kalau naik jadi GK2, PK Ko-Ko, PKHEM, PK Petang, PK Pentadbiran, Pengetua..lagi pun saya tak suka berada dalam kumpulan pentadbiran” cikgu Rosman mengiyakan saja persoalan diri ini…tapi selepas daripada itu..diri ini mula sedar..kita perlukan matlamat..kita perlukan target..kita perlu merangka strategi..barulah diri ini tidak akan bosan lagi dan barulah diri ini akan terus bersemangat…memandang tahun berikutnya..diri ini diberi tanggungjawab sebagai Ketua Panitia Sains..diri ini terus merangka pelbagai strategi untuk menjadikan subjek sains ini bukanlah subjek yg membosankan tetapi sebaliknya…dengan bantuan daripada cikgu Rosman, rakan2 guru dan pentadbir..kami berjaya menganjurkan beberapa program semata2 untuk menarik minat pelajar..dan fokus kelas2 peperiksaan juga ditingkatkan, target2 dibuat untuk meningkatkan peratus lulus..kelas2 tambahan secara sistematik diadakan..penggunaan makmal sains digunakan secara total..semuanya wajib melaksanakan eksperimen, no excuse..LCD, Laptop, CD2 PBK digunakan oleh cikgu2 semaksimum mungkin..walaupun ada cikgu2 yg mengeluh kerana kurangnya kemahiran menggunakan alat bantuan dan beberapa kekangan..kami atasinya bersama-sama..itulah ‘kenangan terindah’ buat diri ini, seperti judul lagu Samson..jutaan terima kasih buat rakan2 di Batu Sapi, kerana menghadiahkan memori indah, buat diri ini..ku susun sepuluh jari juga andai memohon kemaafan di atas salah dan silap semasa kita bersama2 berkhidmat dulu…

***

Sekarang ni?? Diri ini masih memperjuangkan sains..SCIENCE IS FUN..masih merangka beberapa strategi tuk menarik minat pelajar menyukai sains kerana sesungguhnya sains itu tidak membosankan..

Sebagai seorg guru sains, diri ini sedang merangka strategi dan konsep pengajaran tuk diaplikasikan di kelas2 pada 2011 ni...

Sebagai seorg pekerja, diri ini sedang menghabiskan baki2 keje 2010 dan sedang mengemaskini sistem bekerja supaya semua kerja2 yg diamanahkan dapat dilaksanakan dengan lebih baik berbanding tahun ini..

Insya Allah..

mudah-mudahan segala yg dirancang untuk 2011 dipermudakan Allah S.W.T..amin

***

Di kala ini..ada cikgu2 yg sibuk menguruskan SPM &STPM...ada juga cikgu yg dipanggil berkursus tuk persediaan next year..ada jugak kwn yg tengah sibuk menguruskan kursus kepimpinan tuk pelajar sekolahnya...semuanya adalah untuk persediaan tahun hadapan..

Bagi yg tertanya-tanya..kenapa CIKGU sibuk walaupun cuti..inilah dia antara sebab-sebabnya..

***

Rakan2 CIKGU sekalian...

Bagi yg langsung tidak bertugas dan tidak sibuk sepanjang cuti hujung tahun ini..gunakanlah masa yg ada ini dgn menghabiskan masa dengan keluarga...dan bagi yg bertugas dan sibuk sepanjang cuti ini, janganlah bersedih hati..marilah kita sama2 melakukan kerja kita dengan hati yg lapang dan tenang supaya kita ikhlas melakukannya..so, Allah will satisfied with us

Wallahu’alam

***

marilah kita sama2 ikhlas membangunkan institusi pendidikan, membina modal insan yang unggul & may ALLAH satisfied with us..amin


Thursday, November 4, 2010

Mengapa guru pelatih, novis dan berpengalaman perlu melakukan kajian tindakan?

Sebagai seorang guru novis, banyak perkara baru yang perlu dikuasai dalam melaksanakan proses P&P yang lebih efektif dan berkesan serta mencapai objektif pengajaran. Antara sebab mengapa guru pelatih dan guru novis perlu menjalankan kajian tindakan di dalam pendidikan ialah:

baca artikel selanjutnya di sini

Pembelajaran Kooperatif

TEACHER MISCONCEPTIONS AND UNDERSTANDING OF COOPERATIVE LEARNING: AN INTERVENTION STUDY
SALAH KONSEP DAN PEMAHAMAN GURU MENGENAI PEMBELAJARAN KOOPERATIF : SATU HALANGAN KAJIAN
Mary Koutselini
University Of Cyprus, Nicosia, Cyprus

ABSTRAK:
Kajian ini mengenai guru sekolah menengah di Cyprus. Ianya mengenai mendedahkan konsep guru mengenai pembelajaran kooperatif, membantu guru melalui simulasi pembelajaran kooperatif untuk membina sifat yang membezakannya dengan kumpulan kerja tradisional. Guru sebelum kajian ini mempuyai tanggapan buruk pada pembelajaran kooperatif kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak memastikan kolaborasi, kejelasan dan interaksi antara pelajar. Sikap mereka berubah sepanjang kajian kajian tindakan dan berlaku simulasi pembelajaran kooperatif mendedahkan karakteristik dalaman dan luaran.

baca artikel selanjutnya<<--klik sini

------------------------
**Apakah pula persepsi kita tehadap
pembelajaran kooperatif??

Guru Perlu Ubah Persepsi

Posted by Dr. Tengku Asmadi on Aug 29 2007 | Motivasi Guru

Apabila guru mempunyai persepsi yang salah terhadap sekolah, kelas, dan pelajar maka sukar untuk mereka bermotivasi dalam mengajar dan mengatasi cabaran sebagai seorang guru. Berikut adalah beberapa contoh persepsi yang wujud:

  • Sekolah ini sekolah kampung, pelajar-pelajar di sini pastinya rendah kualitinya.
  • Sekolah ini untuk anak-anak orang kaya dan ternama, pelajar-pelajar di sini pasti bermasalah.
  • Kelas ini memang kelas tercorot, buat apalah menyediakan bahan-bahan yang banyak dan bersungguh-sungguh,mereka bukannya boleh buat.
  • Pelajar ini memang bermasalah, nasihat pun tidak berguna.
  • Pelajar ini mengadu pada ibu bapanya hinggakan mereka datang buat kacau di sekolah, janganlah pedulikan dia.

Malah pelbagai lagi persepsi yang wujud dalam fikiran seorang guru. Persepsi menentukan fokus dan emosi mereka. Apabila guru fokus kepada masalah mereka menjadi kurang bermotivasi. Sebaliknya apabila guru fokus kepada penyelesaian mereka pasti bermotivasi mencari jalan dan melihat pelbagai alternatif yang boleh digunapakai.

Mari kita hayati kisah di bawah:

Satu hari seorang Profesor telah datang ke sebuah sekolah dan menawarkan khidmatnya untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Pengetua sekolah itu telah memberikan persetujuannya. Profesor lalu bertanya apakah kriteria yang digunakan bagi menentukan pelajar-pelajar untuk memasuki sesuatu kelas. Pengetua lalu menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini ditentukan kelasnya berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan mereka. Lalu Profesor mencadangkan agar pelajar-pelajar diasingkan mengikut tahap IQnya dan bukan pencapaian peperiksaannya. Satu ujian IQ telah dijalankan untuk semua pelajar-pelajar dalam sekolah itu. Soalan ujian IQ ini telah disediakan oleh Profesor sendiri dan dia jugalah yang menentukan kelas pelajar-pelajar hasil daripada ujian IQ tersebut.

Hasilnya, satu rombakan besar-besaran terpaksa dilakukan. Ada pelajar dari kelas tercorot telah naik ke kelas pertama dan begitu juga sebaliknya. Profesor telah berpesan kepada semua guru-guru bahawa mereka perlu sabar menghadapi pelajar-pelajar yang tinggi IQnya sebab itu memang tingkahlaku mereka. Guru yang mendapat pelajar-pelajar yang tinggi IQnya cukup bermotivasi dan seronok. Maklumlah pelajar-pelajar dalam kelas itu pandai-pandai belaka. Guru ini telah lakukan segala-galanya, mengajar bersungguh-sungguh dan menyediakan pelbagai bahan tambahan. Apabila ada cabaran yang terlalu besar, Profesor tetap ingatkan guru ini, pelajar yang tinggi IQ memang begitu. Guru ini percaya.

Setelah beberapa bulan berlalu satu ujian pencapaian telah dilakukan dan menakjubkan pelajar dalam kelas pertama dan kedua telah menunjukkan pencapaian yang mebanggakan. Malah pelajar yang di kelas tercorot juga meningkat pencapaiannya. Guru-guru gembira dan Pengetua rasa terhutang budi dengan Profesor. Profesor lalu dijemput semula datang ke sekolah dan dimaklumkan tentang hasil pencapaian tersebut.

Ketika Profesor memberikan ucapan di hadapan Pengetua dan guru-guru dia lalu berkata:

“Guru-guru yang saya hormati sekalian. Hari ini saya mahu nyatakan satu rahsia. Sebenarnya pelajar-pelajar di sekolah ini tidak ditentukan melalui ujian IQ yang telah mereka jalani. Ujian IQ itu sekadar gimik semata-mata. Saya hanya memilih secara rambang setiap pelajar dan tentukan kedudukan kelas mereka. Saya ambil pelajar-pelajar yang asalnya dari kelas tercorot dan saya masukkan ke kelas pertama, kedua dan ketiga. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang lain. Saya lakukannya tanpa melihat ujian pencapaian atau ujian IQ mereka. Tetapi apa yang berlaku ialah persepsi anda sebagai guru telah berubah. Anda percaya dengan apa yang telah saya katakan dan anda percaya pelajar-pelajar anda mempunyai IQ yang tinggi. Apabila persepsi anda berubah maka cara anda memberikan layanan dan mengajar mereka juga berubah. Mereka akhirnya memperolehi pencapaian mengikut apa yang telah anda dan mereka jangkakan. Malah kelas yang tercorot juga mendadak pencapaiannya sebab pelajar-pelajar di situ sememangnya saya letakkan yang berkebolehan dan mempunyai estim diri yang tinggi. Mereka tidak tergugat apabila diturunkan kelas malah mereka mahu buktikan yang mereka boleh lakukan. Maka inilah hasil yang kita perolehi sekarang dengan mengubah persepsi dan jangkaan kita sendiri”.

Semua terdiam dan tergamam.

sumber~ Motivasi Alihan Pelajar

Friday, October 22, 2010

KAJIAN TINDAKAN: Pandang2 Jeling2

Last year, 2009 saya telah menjalankan 1 Kajian Tindakan (KT) ke atas bebudak KIMIA yang bermasalah dalam menguasai kemahiran menulis formula sebatian kimia..berikut saya kongsikan abstrak kajian dan laporan penuh kajian ini..moga cikgu2 yang menghadapi masalah yang sama dengan saya dapat menyelesaikan masalah sejagat ini..wallahu'alam

ABSTRAK

Mengusai kemahiran menulis formula sebatian kimia adalah penting kerana ia merupakan asas utama dalam mempelajari kimia. Kemahiran ini mula dipelajari di dalam tajuk tingkatan 4; Chapter 3 Chemical Formulae and Equations; subtopic 3.5 Chemical Formulae.. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan secara rambang semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kebanyakan murid sukar menguasai kemahiran menulis formula sebatian kimia dengan tepat. Murid-murid bukan sahaja tidak dapat menulis simbol unsur-unsur dengan betul malah tidak dapat menentukan bilangan atom setiap unsur dalam sebatian dengan tepat. Masalah ini sekiranya tidak ditangani akan menyebabkan murid-murid gagal membentuk persamaan kimia dengan betul kelak. Masalah kerap berulang semasa murid-murid membuat latihan dan menjawab peperiksaan. Bagi mengenalpasti permasalahan dengan lebih tepat, ujian Pra telah dilakukan ke atas 13 orang murid tingkatan 5 Elit. Malah temubual dengan murid juga turut dilakukan bagi mengenalpasti punca utama permasalahan. Didapati 61.5% murid lemah dalam mengusai kemahiran ini. Ini jelas menunjukkan permasalahan ini serius dan perlu ditangani dengan segera. Oleh yang demikian, tiga aktiviti telah diperkenalkan bagi merungkai permasalahan ini. Aktiviti pertama Reka Cerita, di mana murid-murid secara berkumpulan perlu mereka cerita dengan menggunakan simbol-simbol unsur daripada kumpulan ion yang sama. Kaedah mnemonic ini cuba diterapkan dalam kaedah pembelajaran murid. Pandang-Pandang, Jeling-Jeling merupakan aktiviti kedua di mana murid-murid diajar menulis formula sebatian kimia daripada formula ion unsur. Aktiviti ketiga yang juga merupakan aktiviti terakhir adalah Perang Minda. Aktiviti ini merupakan kuiz berkumpulan, bagi meningkatkan daya saing antara murid. Peningkatan pencapaian jelas ketara setelah ketiga-tiga aktiviti dijalankan. Ujian Pasca menunjukkan masalah murid yang lemah dalam kemahiran ini telah dapat di atasi. Penyelidik berpuas hati dengan dapatan kajian dan berharap agar kajian ini dapat membantu guru-guru yang menghadapi masalah yang sama.

Laporan KT>> klik di sini

Tuesday, October 19, 2010

BLOG rujukan

blog ni sesuai tuk cikgu2 sains merujuk..semua pun ada..

Blog PANITIA SAINS>>klik sini

Friday, September 17, 2010

PDF converter

cikgu cikgi boleh la download 'PDF converter' kat sini....boleh tukar fail pdf kepada text document...senang skit...sbb ada sesetengah fail pdf ni tak boleh nak copy paste perkataan...selalunya perkataan pun jadi imej...so ssh nak edit apa2....lepas download je fail ni, install ...pastu dah boleh guna...

Convert any printable file to PDF in one click.
Convert PDFs into Word Document Format
Secure PDFs with 256-bit passwords.
Extract & Split Pages from PDF Files
Compile 2 or more PDF Files into 1 File.


>>moga proses mengedit menjadi mudah lepas ni...insyaAllah BOLEH!!

Monday, August 9, 2010

Trial PMR

next week...trial PMR....blurrrr...cuti + aktiviti + macam2...masa agak terhad tuk menyediakan bebudak tuk trial ni...skrg ni pun dok berperang ngan silibus...adusss...jenuh la nak menjawab lepas trial ni...dpt rasakan markah bebudak ni x mencapai target...lepas trial ni baru nak belasah soalan2 trial negeri2 2009....pastu soalan2 trial negeri tahun ni plak...

>>>bebudak ni kurang buat latihan sendiri...ada tu mmg hanya harap kat sekolah je...camne la nak cemerlang...takat lulus je la...adehhhh

Thursday, July 22, 2010

Membina Modal Insan

Bukan senang nak Bina Modal Insan ni...mencabar sungguh rasanya zaman sekarang ni...sebagai guru kadang2 rasa cam dah abis kaedah yg digunakan untuk mengajar...segala kaedah pedagogi dah cuba diterapkan...IT..hands-on..mastery learning...semua2 la...tapi kalau student tu sendiri takde hati nak belajar mmg payah...saya ni mengajar kimia..kimia ni bnyk benda yg bdk kena ingat dan faham...maka saya selalu guna kaedah 2 hala kalau bincang jawapan..tapi ada sekelompok budak yg kurang selesa dgn cara ni...terus bebudak ni boycott kelas...diaorg lambat turun ke makmal...bila diselidik baru la pecah tembelang...sengaja lambat turun ke makmal...supaya masa tu jadi singkat....bukan setakat lambat ke makmal tapi tak buat kerja2 yang dibekalkan..laporan2 eksperimen...oh! sungguh sempit pemikiran bebudak ni...kesian sungguh rasanya...kecewa & sedih pun ye la jugak...saya kuatkan jugak semangat..sy cuba guna pendekatan yg lain...harap2 sesi "biar ku sentuh jiwa mu" tadi...dapat memberikan kesan dlm diri bebudak tu..dan harap2 akan terbina la Modal Insan yang Unggul dikalangan mereka ini...

>>>setiap tahun kena deal ngan budak2 yg camni...ada masanya rasa bosan...tapi harap2 diri ini tidak akan putus semangat tuk mendidik anak bangsa...moga Allah sentiasa cekalkan hati ini....AMIN

Sunday, February 14, 2010

Utusan Malaysia Online : 13 Feb 2010


1- Kementerian Pelajaran membayangkan bakal mengenakan syarat supaya guru baru dihantar mengajar ke kawasan pedalaman sekurang-kurangnya selama tiga tahun.

2-kementerian juga akan mencadangkan pelajar aliran sekolah kemahiran dan vokasional dibenar mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

www.utusan.com.my<< click for full article..