Wednesday, May 18, 2011

Anugerah Pendidikan Sains Toray 2011 (Sekolah Menengah)



Pihak Toray Malaysia Group / Penfabric Sdn Bhd di bawah Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) menganjurkan Anugerah Pendidikan Sains Toray saban tahun untuk guru-guru Sains sekolah menengah. Pertimbangan untuk anugerah ini adalah inovasi pendidikan sains seperti teknik pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan berkesan, bahan bantu mengajar yang inovatif dan berkesan dan permainan pendidikan sains yang dapat membantu penyampaian ilmu sains dengan lebih menarik dan berkesan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.mtsf.org. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dirujuk terus kepada:

Malaysia Toray Science Foundation (MTSF)c/o Toray Malaysia Group / Penfabric Sdn BhdBlok B, Prai Free Industrial Zone 113600 Prai, Pulau PinangTel: 04-390 8157 / 04-385 4151 Fakf: 04-390 8260
Tarikh Tutup ialah pada 31 Mei setiap tahun

Contoh2:
1. HAPPY FAMILY (Chemistry-Upper Secondary)
2. Use of Plastic Materials in Improvising-Low Cost Teaching Aids (Science -Lower Secondary)

***********************
para pendidik sekalian, untuk tahun ni memang dah ditutup penyertaannya...tapi kalian boleh la mula merangka daripada sekarang, coz tarikh tutupnya adalah pada 31 Mei setiap tahun..rugi kalau tak rebut peluang yang ada...ganjarannya agak lumayan tau


No comments:

Post a Comment