Ada banyak sebab untuk saya senyum hari ini,
- Gelagat anak didik 3 Dinamik
Alif : Cikgu, yang ni nak kena lukis ka?
Saya: Ye sayang, kan saya dah bagitau tadi...
Saya: Badrul, kenapa cam tak tentu arah je?
(Badrul berjalan-jalan ke meja rakan-rakannya, sedangkan rakan-rakan yang lain tengah sibuk melukis rajah seperti yang di arahkan)
Alif: Cikgu tak sayang dia, tu yang jadi camtu....
Saya: Saya sayang semua, cepat lukis...kang sape yang tak siap tak bleh keluar rehat...
Alif: ok, cikgu...
Badrul: Lukis apa cikgu?
Saya: !!!!???? (senyum je la)
**budak oh budak...camtu la kalau ngajar bebudak tingkatan 3 kelas yang akhir sekali...kena layan diaorg cam bebudak sekolah rendah..hehe..ape-ape pun, cikgu memang sayang kamu semua walaupun penat melayan korang ni tau..hehe
- Gelagat anak didik 5 Elit
3 Dinamik perlu dilayan seperti anak yang masih kecil, tapi lain plak caranya untuk 5 Elit …anak2 didik 5 Elit ingin dilayan seperti orang dewasa…
3 minggu lepas, saya telah mengarahkan 9 org pelajar yang tidak mengambil subjek seni visual untuk ke makmal kimia pada waktu seni..tujuannya masa pelajar tidak terbuang begitu sahaja dan secara tidak langsung saya dapat membantu mereka membuat ulangkaji kimia…malangnya, hanya sekali sahaja mereka ke makmal, kelas seterusnya hanya 2 org pelajar perempuan sahaja yang datang ke makmal, manakala 7 org lagi pelajar lelaki menghilangkan diri…
Perasaan ni, hanya Allah je yang tau, kita nak tolong diaorg..diaorg plak buat hal…memang menyakitkan hati…rasanya mcm tak nak ambik tau langsung tentang bebudak tu…dah la kimia pun jarang2 lulus...kalau ikutkan kata hati senang je, “lantaklah, korang nak melingkup ke..org dah bagi ruang dan peluang taknak manfaatkan” puas bercerita dengan guru kelas diaorg, cikgu seni kelas tu..nak cari ikhtiyar dan apa tindakan yang sewajarnya dibuat kat bebudak 7 org tu..coz kalau bebudak ni terjumpa ngan pentadbir masa diaorg merayau-rayau tu cikgu kimia ngan cikgu seni la yang akan dipertanggungjawabkan…selepas puas berbincang termasuklah dengan kaunselor sekolah di kantin (kebetulan makan sesama) akhirnya dapat dirumuskan ada seorg ketua yang tidak disengajakan dalam kalangan 7 org tersebut, 6 org yang lain akan mengikut sahaja apa saja yg sorg ni buat…kata kaunselor, pegang ketua tu…tapi kata hati yang sakit ni…nak pegang anak2 buah je, dah tawar hati ngan ketua tu..
Selepas habis kelas kimia~
Saya : 9 org yang tak ambil seni tu tolong tunggu kejap..yang lelain bleh balik ke kelas…(dalam otak ni puas memikir, nak handle kes ni dalam keadaan marah / buat selambe je…)
Saya : ok, yang perempuan dah settle bleh balik ke kelas..so, yang lelaki-lelaki ni meh kita bincang…(masing2 buat muka tak puas hati, lagi la menyirap darah ni..tapi sabar..tetap bersabar..alhamdulillah)
Saya : lokman, sahmin, amizi korang tak berapa nak boleh kimia kan? (semua pun
mengangguk) so, tolong datang ke makmal, time seni ok..saya akan tolong kamu..
L,S&A: baik cikgu..
Saya : ok, kamu bleh balik ke kelas..
Saya : ok yang lelain…saya nak buka tawaran kat korang…kamu bleh pilih, time seni tu nak ke bilik seni, kamu bleh buat apa saja kat sana…atau ke makmal kimia, tuk buat ulangkaji kimia atau ke surau, tuk ikut amali solat…hafizan?
Hafizan: wei, camna? (bertanya kpd kwn2nya)
Saya : Syahrin?
Syahrin: dok sini cikgu
Saya: apa? Dok bilik seni (cikgunya pun, agak kurang pendengaran...hahaha) ok, kalau camtu saya akan maklumkan kat cikgu seni...
Syahrin: dak cikgu..saya kata nak dok sini...
Saya : owh..dok sini..nak belajar kimia?(dalam hati terkejut yg amat, coz sebelum ni tak mau masuk)
Syahrin : ha
Saya : ok, yang lelain camna?
Hafizan & yg lelain: kami pun sama la cikgu, nak dok sini...
Saya : (senyum dalam hati)
**kikkikik...sebelum ni beriya-beriya sangat tak nak ke makmal..alih2 pilih makmal jugak...budak oh budak...bila disuruh tak mau, protes la konon...bila diberi pilihan, suruh buat keputusan sendiri...pilih yang tu jugak...apa2 pun, syukur alhamdulillah..dapat jugak handle kes ni dalam keadaan yang tenang dan selambe...moga korang semua tekun belajar kimia...esok lusa tak tau la korang nak perangai apa plak...
- Gelagat bebudak waktu rehat...
Sebulan yang lepas merupakan giliran saya dan seorang rakan bertugas, Guru Bertugas Mingguan..sejak kebelakangan ni ada beberapa masalah yang sukar dibendung...salah satu daripadanya adalah Tong Sampah berair dan berbau busuk...hasil pemerhatian, di dapati bebudak terus membuang plastik dan bekas minuman plastik yang masih bersisa dan berais ke dalam tong sampah...akibatnya tong sampah dipenuhi dengan air dan turut mengundang masalah bau yang kurang menyenangkan.
Walaupun dah beberapa kali berbincang dengan PKHEM secara tidak formal, keadaan masih sama dan tiada sebarang usaha yang di ambil oleh pihak pentadbir...makanya dikesempatan saya memberi laporan mingguan, saya telah mengajar bebudak semuanya ‘macam mana nak buang sampah: step by step’...
Langkah 1: sebelum membuang plastik atau bekas minuman plastik yang masih bersisa dan berais ke dalam tong sampah pastikan ia telah dikosongkan.
Langkah 2: sekiranya masih bersisa, tolong buang ais atau pun air tersebut ke dalam longkang atau pun tanah.
Langkah 3: buang plastik atau bekas minuman tersebut ke dalam tong sampah.
**hari ini saya tersenyum puas, apabila melihat kebanyakan bebudak telah pandai mengosongkan plastik atau bekas minuman sebelum dibuang ke dalam tong
sampah..alhamdulillah, teguran saya telah menampakkan hasilnya..tong sampah kurang berair dan berbau..tapi pun masih terdapat segelintir bebudak yang tak makan saman..hmmm
No comments:
Post a Comment