Saturday, October 1, 2011

Baca & Nilaikan


Bismillah,
Saya terbaca artikel ni di http://www.ohtidak.com/oh-keluhan-guru-kerja-lebih-masa/ dan saya agak terkesan dengan komen2 yang dilontarkan. Komen terdiri daripda pelbagai latar belakang individu, dan rasanya saya malu sendiri apabila membaca sesetengah komen para pendidik. Malu kerana, komen2 itu agak kurang manis. Kat sini saya selitkan beberapa komen (komputer prob skit, tak boleh nak print screen..makanya terpaksa amik gambar la)









Secara sedar atau tidak kita sering menilai percakapan orang2 disekeliling kita, betul tak? dan kita juga akan dinilai. dan kalian yang sedang membaca entry ini secara tidak langsung sedang menilai saya, kan? Ini kerana pengucapan seseorang dapat menggambarkan sedikit mengenai seseorang individu itu. Perwatakan dan mungkin juga cara pemikiran kita.  Saya petik kata2 LoveCikgu "agak lucu cara anda berfikir". Malu sendiri saya tatkala membacanya. Manakan tidak. Kita disarankan agar memiliki Minda Kelas Pertama, bukan? Malangnya, komen2 di atas tidak menggambarkan kelompok Minda Kelas Pertama.

Ya, saya setuju yang kita ni banyak kerja2 lain selain daripada mengajar. Itu HAKIKAT dunia pendidikan sekarang yang harus kita akui. Kita bukan lagi berada di zaman 20-30 tahun lepas, kita berada di era millenium. Maka kerjanya juga harus millenium dalam ertikata yang lain kerja semakin sukar dan kerja semakin banyak malah semakin mencabar. Zaman sekarang zaman dokumentasi, kerja di bidang mana pun kena buat dokumentasi. Semua bidang perlu membuat kertas kerja dan mengisi borang itu dan ini. Saya sendiri mengambil masa 3tahun untuk menerima hakikat bahawasanya kerja PENDIDIK lebih daripada mengajar. Usia pekerjaan menginjak ke 10 tahun, membuatkan saya semakin lali dengan tugasan-tugasan selain mengajar dan seronok melakukannya. Walaupun kadang2 menuntut masa yang lebih di sekolah. Malah saya bersyukur kerana dapat belajar pelbagai benda dan melalui pelbagai rintangan dalam dunia pendidikan dan menjadikan saya seorang yang lebih matang dan lebih berguna. Andai tugas PENDIDIK hanya MENGAJAR, mungkin ilmu dan kemahiran saya tidak berkembang. Kata bijak pandai orang berada satu tahap dan tiada peningkatan nilai dalam hidupnya adalah orang yang rugi. Masih banyak yang perlu saya pelajari, cetek sangat rasanya ilmu ini andai dibandingkan dengan mereka2 yang telah berada dalam dunia ini 20-30 tahun lamanya. Makanya pada pandangan saya, apa sahaja yang kita lakukan selain daripada mengajar akan menjadikan kita manusia yang terbaik dan kaya dengan pengalaman, insyaAllah. Pengalaman itu terlalu mahal harganya.


cuba fikir2kan semula adakah kalian benar2 ingin menjadi PENDIDIK? adakah korang betul2 cintakan dunia pendidikan masa mula2 memohon untuk mengikuti program latihan perguruan. Atau seperti kata rakan2 guru kita ni, anda pilih kerana terpaksa. Bijak pandai ada mengatakan buat kerja yang kita suka, susah macam mana pun kita akan harungi dan kita akan puas dengan kerja yang kita buat tu.


See, semua kerja ada beban masing2. Betulkan semula minda kita semua, setiap kerja ada susahnya.

Pada pandangan saya (yang masih kurang pengalaman ini), ada 2 sebab utama membuat cikgu2 tension dan melenting apabila merespon.

  1. Masyarakat sekeliling sering mengatakan kerja cikgu ni senang. (yang pada hakikatnya tidak mudah)
  2. Konflik dengan pentadbiran di sekolah masing2. (pentadbiran yang berat sebelah atau tidak cekap)
Makanya, masyarakat sekeliling jangan sekali-kali menganggap yang jadi cikgu ni mudah. Masyarakat umum perlu maklum tentang itu. "Korang, cikgu senang la. keje sekerat hari. tak macam kami ni, kadang2 sampai malam baru boleh balik." dialog2 macam ni yang membuatkan cikgu2 agak kurang selesa dan ramai yang sakit hati. Mungkin entry 'Seorang Guru Biasa' (klik untuk baca)dapat membuka minda masyarakat di luar sana bahawasanya kerja cikgu bukanlah semudah yang disangka.

Jika kita semua menganggap yang kerja cikgu ni bukannya mudah, secara tidak langsung kita akan persiapkan minda kita untuk sebarang kemungkinan. Yang pasangannya cikgu, tak perlu la nak melenting andai pasangan anda masih di sekolah menyiapkan kerja. Dan cikgu2 pula tak perlu la nak merungut andai banyak kerja dan tanggungjawab di sekolah. Sekarang ni memang tiada istilah kerja separuh hari dan tiada istilah bercuti panjang buat cikgu2, ok. Jadi, jika anda ingin berkahwin dengan cikgu anda perlu memahaminya. Andai semua pihak memahami, insyaAllah cikgu2 akan lebih tenang dalam menjalankan tugas2.

Andai tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran pula, cubalah berbincang elok2. Semua benda boleh di bawa berbincang. Andai perbincangan tidak berhasil, bersabarlah kerana Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang bersabar. Kita ni bekerja bukan untuk NAMA, kan? Andai itu yang dikejar, kita akan rasa penat. Tak kisahlah siapa yang dapat nama. Tak kisahlah andai guru besar/pengetua dan 1-2 orang guru sahaja yang diberikan ganjaran. Kerana kita harus sedar yang kita bekerja kerana apa? kerana siapa? Kita bekerja kerana nak mendapatkan redha Allah dan kita bekerja semata-mata kerana DIA.

Kita selalu guna ungkapan 'Kerja Itu Ibadah' hanya betul apabila segala kerja yang kita lakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah. Agak2nya bila kita merungut-rungut camni dengan kata2 yang agak kurang manis, Allah terima ke, kerja kita tu sebagai ibadah? renung-renungkan...

Contohilah guru2 otai. Mereka bekerja daripada Hati Nurani.

>>coretan ini adalah daripada seorang yang masih kurang pengalaman dan masih banyak  yang perlu dipelajari. segala yang baik itu adalah daripada Allah SWT dan segala kelemahan adalah daripada diri ini sendiri.

No comments:

Post a Comment