Loya rasanya tekak ni..
Pusing rasanya kepala ni..
Bukan kerana demam, bukan juga kerana migrain..
tapi loya dan pusing tatkala melihat anak2 didik yang hobinya berkeliaran..
mengalahkan pak guard lagaknya..
Pantang ada ruang dan peluang, mereka2 ini akan beroperasi..
berbondong-bondong keluar daripada kelas, terutamanya budak lelaki...
pabila diajukan soalan, "ke tandas" katanya..
pabila ditanya lagi "siapa yang memberikan kebenaran?", jawapannya mudah "takde cikgu dalam kelas"
walhal, waktu itu pertukaran masa..cikgu seterusnya masih lagi on the way ke kelas..
Saya ni terlalu obses dengan profession ini..
mungkin kerana itu, saya sentiasa ambil pusing dengan semua itu..
sehingga pusing kepala ini...
ada rakan2 yang mengatakan "Biasa la, budak2 memang camtu..tegur banyak kali pun camtu gak"
kata bos plak "semua guru adalah guru disiplin..boleh tegur pelajar2 yang melanggar disiplin"
tapi kalau setakat cikgu biasa ni menegur, nak plak cikgu perempuan,
budak2 buat kita ni macam tunggul je..
sebab tu la agaknya, ramai cikgu terutamanya yang perempuan mengambil sikap berdiam diri
dan nampak seperti 'tidak ambil peduli'
kata mereka "Cikgu lelaki la yang sepatutnya lebih bertindak"
hakikatnya mereka2 ini dah muak diperkotak katikkan oleh anak2 lelaki ini..
sebab tu la agaknya, ramai cikgu terutamanya yang perempuan mengambil sikap berdiam diri
dan nampak seperti 'tidak ambil peduli'
kata mereka "Cikgu lelaki la yang sepatutnya lebih bertindak"
hakikatnya mereka2 ini dah muak diperkotak katikkan oleh anak2 lelaki ini..
kata rakan kaunselor, guna konsep 'ALANGKAH BAIKNYA'
andai kita tak boleh mengawal keadaan, katakan pada diri "Alangkah baiknya"
Alangkah baiknya,
kalau ada dalam kalangan Cikgu Lelaki yang menegur disiplin pelajar2 lelaki
Alangkah baiknya,
kalau ada dalam kalangan pentadbir yang membuat rondaan berkala
Alangkah baiknya,
kalau ada dalam kalangan AJK disiplin yang membuat rondaan berkala
Alangkah baiknya...
kalau cikgu2 semua sedar tanggungjawab kita bersama...
mungkin disiplin pelajar2 akan lebih terjaga...
Alangkah baiknya, kan?
No comments:
Post a Comment