Thursday, November 15, 2012

Cuti celup-celup!!!

"Hai, Kak Ani. Awal datang sekolah, belum becuti lagi ke?" sapa saya. "Cuti jugak. Cuti celup-celup" gurau Kak Ani. "Ada keje apa hari ni, kak?" tanya saya lagi. "Nak kena pastikan bilik kat blok H tu kemas, tahun depan nak guna buat bilik Bahasa Inggeris" terang Kak Ani. Saya sekadar mengangguk. 

Ramai yang cemburu dengan GURU, kan? Tambah-tambah lagi apabila tiba musim cuti sekolah. Ramai yang beranggapan jika sekolah cuti, guru-gurunya juga turut bercuti, tapi gaji jalan. Betul, kan? Hakikatnya ramai di antara kami yang tidak dapat bercuti sepenuhnya. Bak kata Kak Ani, cuti celup-celup. Hehehehe

Gambar berikut merupakan antara wajah-wajah rakan saya yang masih datang ke sekolah pada waktu cuti persekolahan dan bekerja.


Sebilangan guru-guru yang masih datang ke sekolah untuk menyiapkan kerja yang masih berbaki. 
Banyak juga fail-fail yang perlu dikemaskini. Laporan tahunan yang perlu disiapkan. Kertas perancangan tahun hadapan yang perlu diserahkan.


Masa hari persekolahan biasa, kami sibuk mengajar. Sibuk menyediakan bahan mengajar. Sibuk menyemak buku latihan. Sibuk menyemak folio. Sibuk menanda kertas peperiksaan. Sibuk membuat kelas tambahan bagi menyediakan pelajar-pelajar yang akan mengahadapi Perperiksaan Awam.

Makanya waktu cuti persekolahanlah, masa kami untuk menyiapkan segala kerja-kerja lain.

Yang cuti sepenuhnya adalah para pelajar, kami guru-guru ni CUTI CELUP-CELUP!!!
(^.^)

wallahu a'lam

~wassalam~

p/s: Wahai guru sekalian, walaupun CUTI CELUP-CELUP. Manfaatkan waktu yang minima itu dengan cara yang berhemah bersama ahli keluarga, agar setiap detik yang dilalui adalah bermakna. Selamat BerCUTI CELUP-CELUP. Moga kita semua akan lebih berSEMANGAT menghadapi cabaran pendidikan di tahun hadapan.

Tuesday, November 13, 2012

Legasi Pemikiran Ibn Khaldun dalam Bidang Pendidikan

Menurut beliau, terdapat 10 perkara penting yang perlu diketengahkan dalam menghasilkan satu pendidikan yang berkesan.

Antara yang disarankan ialah tentang aspek berfikir sebagai satu cabang pendidikan. 

  • Hindari pelajar dari sikap meniru semata-mata. 
  • Dalam proses pembelajaran, perkara yang mudah perlu didahulukan dan dipastikan bahawa mereka memahami sepenuhnya sebelum berpindah ke suatu perkara yang lebih sukar. 
  • Pelajar tidak boleh dipaksa untuk menghafal di mana ini akan menghilangkan kreativiti dan mengakibatkan kejumudan fikiran. 
  • Seterusnya, subjek yang diajar perlu ada kesinambungan antara yang satu dengan yang lain dan dua subjek yang berlainan tidak boleh diajar secara serentak demi memastikan satu-satu subjek benar-benar difahami. 
  • Menurut Ibn Khaldun lagi, kecenderungan meringkaskan teks sehingga hilang fakta-fakta penting menjadikan matlamat sebenar penyampaian ilmu terbantut. 
  • Pelajar perlu dilayan dengan penuh hikmah dan tindakan secara tegas perlu dielakkan kerana memberi kesan yang negatif dalam diri pelajar. 
  • Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga harus mempamirkan akhlak yang terpuji. 
  • Para sarjana pula digalakkan untuk mengembara dan menghadiri majlis-majlis ilmu di luar negara. 
  • Pendidikan perlulah sesuatu yang praktikal dan ilmu yang disampaikan perlu kepada rasional akal fikiran terutama yang berkaitan dengan sejarah dan peristiwa-peristiwa kemasyarakatan. 
  • Akhir sekali di dalam bukunya tentang pendidikan ialah dalam mempelajari sains, kemahiran amat diperlukan. 

kupasan Ibn Khaldun Terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Lima perkara penting yang diketengahkan oleh beliau, yang paling utama adalah penyediaan pendidikan agama iaitu 

  • pengajaran Al-Quran, 
  • penyediaan teknik pengajaran yang berkesan, 
  • penyediaan pendidikan akhlak, 
  • penyediaan pendidikan psikologi  
  • penyediaan pendidikan sosial. 
Ibn Khaldun telah menekankan bahawa anak-anak di peringkat awal haruslah didedahkan dengan pengajaran Al-Quran. Ini kerana selain dapat memperkukuhkan aqidah dan keimanan, ia juga dapat membentuk malakah (bererti bakat atau tabiat manusia). Ibn Khaldun telah mengembara ke merata tempat dan melihat pelbagai teknik telah digunakan untuk mengajar anak-anak. Pada akhir fasal ke 40 Muqaddimah, Ibn Khaldun menyatakan teknik yang terbaik adalah teknik yang diarahkan oleh Khalifah Al-Rasyid kepada Khalifah Al-Ahmar yang diamanahkan mendidik anaknya Muhammad Al-Amin. 

Antaranya adalah tegahan mengajar dua disiplin ilmu secara sekaligus dalam satu waktu kecuali terhadap anak-anak yang memiliki kecerdasan otak dan semangat yang tinggi. 

Seterusnya, tentang bahayanya hukuman keras ke atas anak-anak, 
  • tidak boleh melakukan paksaan, menegur kesalahan anak-anak dengan kasih sayang dan sekiranya tiada perubahan barulah kekerasan digunakan. 
  • Anak-anak tidak boleh dipukul lebih dari tiga kali dalam satu-satu masa. 
  • Walau bagaimanapun, ibubapa dilarang untuk terlalu berlemah lembut kerana ini boleh melalaikan anak-anak. 
  • Juga disarankan untuk membiasakan anak-anak untuk menghormati tetamu dan melarang mereka kecuali pada waktu yang sesuai.
sumber: mukabuku

p/s: moga artikel ini dapat dijadikan rujukan dan panduan buat para pendidik dan ibubapa...

Wednesday, March 14, 2012

Isu SBPA selesai

~Bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wbt

Hampir 3 bulan lamanya isu ini diperdebatkan. Alhamdulillah segalanya telah selesai kini.

"cikgu dapat banyak la, kami ni sikit je" banyak sungguh ayat2 seumpama ini yang dilontarkan semenjak isu SBPA dan pada pandangan saya ia tidak akan pernah selesai...ada seorang kerani menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap suaminya yang mendapat lebih kenaikan berbanding dirinya di laman soasial..logiklah kerana suaminya itu seorang doktor. Kata seorang sahabat bukannya mudah nak mendapat ijazah, penat tau belajar. Apatah lagi bagi seorang doktor. Maka adalah wajar bagi mereka-mereka itu mendapat lebih kenaikan berbanding yang lain.

hmmm..secara peribadinya saya terima segalanya dengan hati yang terbuka..dapat banyak, alhamdulillah...dapat sikit pun, alhamdulillah..rancang perbelanjaan dengan baik..infaqkan sebahagian daripada rezeki yang diperolehi ke jalan Allah.


Al-Baqarah [177 ]…. kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah,  dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi;  danmendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim,  orang miskin,  orang yang musafir,  orang yang meminta-minta, 

Aali-imran [92] Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

insyaAllah...walaupun sedikit rezeki yang diperoleh, ia akan cukup dek kerana keberkatan daripada Allah SWT. 

sumber:

Tuesday, February 21, 2012

GARIS PANDUAN KELULUSAN MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN ATAU TENAGA PENGAJAR SAMBILAN

Kepada CIKGU2 yang ada buat kerja luar terutamanya tuisyen boleh la pakat2 isi borang permohonan.

Boleh baca surat pekeliling dan dapatkan borang tersebut di sini:(http://www.ipgmkdri.edu.my/documents/GarisPanduanKelulusanTusyenS.PklilingB.1.2006.pdf)

Kegagalan kalian berbuat demikian membolehkan tindakan tatatertib di ambil ke atas kalian dan juga pengetua.

Selamat mengisi borang :)

Friday, February 10, 2012

~Jom Tingkatkan P&P kita~

~Bismillahirahmanirrahim~

assalamualaikum, rakan pendidik sekalian

Bagaimana dengan p&p kalian di dalam kelas? Adakah masih sama seperti anda praktikal dahulu, atau grafnya semakin menurun? Adakah kalian masih teruja memikirkan apakah kaedah terbaik untuk menjalankan p&p di dalam kelas, atau kalian makin muak dan jelak memikirkannya? Atau mungkin kalian selesa dengan cara p&p yang kalian gunakan sekarang. Bagaimana pula dengan penerimaan anak2 didik pula? Adakah mereka teruja apabila berada di dalam kelas anda, atau mereka kelihatan bosan apabila berada di dalam kelas? Bosan semasa belajar mngkin disebabkan oleh beribu sebab musabab tapi tidak terkecuali sekiranya salah satu sebabnya adalah dek kerana cara kita mengajar yang membosankan mereka.

Saya juga seperti kalian, apabila telah lama mengajar ada masanya tanpa saya sedari saya hanya 'chalk & talk' sahaja. Apa yang penting bagi saya, mereka memahi konsep dan dapat meluahkannya kembali semasa peperiksaan kelak. Saya semakin jarang membuat persediaan mengajar dek kerana sibuk dengan kerja2 pengurusan yang lain. 

Jom kita sama2 berubah. Tingkatkan p&p kita.  Gunakan segala teknologi yang ada. Manfaatkan internet sepenuhnya. Gunakan Enjin Carian sepenuhnya (google. yahoo dll). Mungkin kalian boleh gunakan laman YouTube sebagai bahan p&p. Mungkin juga kita boleh memuat turun video2 pembelajaran dan masukkan di dalam power point kita.



Apa kata kalian ke laman berikut untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut; YouTube Teachers (klik sini)

Cumanya apa yang kita perlu ingat, kita tetap sebagai GURU di dalam kelas tersebut. Kita tidak boleh menggantikan CD PBK atau Internet sebagai GURU. Terdapat komen daripada Nazir dan juga pemantau2 bahawasanya ada guru yang hanya memasang CD PBK sahaja di dalam kelas tanpa berkata apa2. Kita tidak sepatutnya keliru dengan penggunaan teknologi dalam p&p. Pada pandangan saya yang masih mentah dalam dunia pendidikan ini, kaedah p&p yang terbaik adalah menggabungkan segala-galanya semasa mengajar. P&P akan menarik sekiranya guru tersebut pandai menggunakan teknologi, lakonan, tunjuk cara, hands-on, 'chalk & talk' dll.

Wallahu a'lam

p/s: sekiranya kalian tidak boleh on9 semasa di dalam kelas, kalian boleh memuat turun video2 YouTube melalui software YouTube Downloader (klik sini)


Friday, February 3, 2012

Dasar Buka Pintu



assalamualaikum wbt

Sebagaimana China mula mengamalkan 'Dasar Buka Pintu', begitulah diri ini sekarang...Jika dahulu, diri ini tidak sesekali menerima apatah lagi menjemput anak2 didik ke Laman Mukabuku ku...Sanggup pula tu, membuka satu lagi akaun mukabuku yang khas buat anak2 didik..Akhirnya akaun tersebut telah diumumkan penutupan secara rasmi pada hujung tahun lalu, kerana satu sebab yang utama iaitu tak rajin nak urus 2 buah akaun. 

Semasa mengamalkan 'Dasar Tutup Pintu' dahulu, sebab yang utamanya adalah kerana inginkan privasi. Kemudiannya apabila difikirkan semula, tiada apa yang perlu dirahsiakan makanya tiada timbul lagi isu privasi. Ditambah pula dengan ketidak rajinan menguruskan 2 buah akaun, maka laman mukabuku ku adalah untuk semua. InsyaAllah...



Sunday, January 29, 2012



khas buat CIKGU2 KIMIA 
bahan ni dalam bentuk powerpoint

CIKGU2 boleh download dgn cara: 
  • klik pada TAJUK untuk ke laman web 'slideshare'
  • perlu sign up terlebih dahulu sebelum download
semasa buat persembahan slaid CIKGU2 akan dapati:
  • perlu klik satu persatu imej 
        - ini bertujuan untuk membenarkan kita menerangkan setiap peringkat
  • Abjad A; B dan D boleh diklik 
        - sekiranya klik abjad 'A' maka slaid ke-2 akan muncul (animasi) klik animasi untuk kembali 
          semula ke slide utama.

p/s: sila tinggalkan komen anda untuk tujuan penambahbaikan...tq  

Saturday, January 14, 2012

TUISYEN


assalamualaikum wbt

Semenjak 1-2 tahun kebelakangan ni saya sering berfikir tentang isu TUISYEN...Adakah ia perlu bagi pelajar atau anak2 kita? Adakah wajar Guru Sekolah buat kerja part time dengan menjadi Guru Tuisyen misalnya? 

Keperluan Tuisyen kepada Pelajar/ Anak2
Ada yang berpendapat tak perlu tuisyen andai pelajar atau anak kita tu fokus betul-betul di dalam kelas. Setelah mempertimbangkan beberapa faktor, secara peribadi saya fikirkan ada keperluannya bagi sesetengah pelajar.

Sebabnya....setiap individu mempunyai tahap IQ yang berbeza-beza..dan penerimaan terhadap maklumat yang disampaikan juga adalah berbeza-beza antara individu, ada yang cepat dapat dan ada yang lambat dapat ...pelajar yang lambat dapat ini yang perlukan bimbingan yang lebih daripada cikgu..tetapi dengan pelbagai aktiviti di sekolah dan pelbagai kekangan lagi, maka tiada ruang yang dapat diperuntukkan untuk pelajar-pelajar tersebut..maka alternatifnya pelajar ini akan mengambil tuisyen di sebelah malamnya..mungkin juga pelajar kurang faham semasa sesi pembelajaran dan malu untuk bertanya kerana malu dengan rakan-rakan yang lain atau disebabkan faktor kelas yang ramai...maka alternatifnya pelajar ini akan mengambil tuisyen dengan jumlah pelajarnya yang sedikit atau secara 'one to one'...terpulanglah kepada keperluan dan kemampuan masing-masing...

Cumanya kadang-kadang kesian kat bebudak, padat sungguh jadual harian dengan tuisyen...ibu bapa janganlah terlalu memaksa anak2, takut2 nanti stress plak diaorg... 

Wajarkah Guru Sekolah menjadi Guru Tuisyen?
Ada yang kata tak wajar dan ada yang kurang tidak bersetuju...secara logiknya ramai yang buat 2-3 kerja sekarang ni untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat, kan? paling tidak pun meniaga secara online...

makanya secara peribadi saya berpendapat tidaklah menjadi satu kesalahan jika seorang guru itu  membuat kerja part time dengan menjadi Guru Tuisyen...cumanya kerja utama di sekolah perlulah diutamakan..andai ada aktiviti di sekolah, misalnya berkhemah yang memerlukan untuk bermalam di sekolah jangan la mengelat, kan? berbincang la elok-elok ngan rakan sekerja...dan jangan la juga kerja2 lain (kertas2 kerja) yang diamanahkan tu tak siap...mengajar pun gitu-gitu je, tak bersungguh-sungguh sebab nak tarik ramai pelajar yang ambil tuisyen ngan kita..takleh la camtu, kan? tak amanah namanya tu...



p/s: saya sendiri dulu, minta sendiri nak pi tuisyen masa umur 10tahun...sebab tau diri sendiri agak lemah dlm subjek BI dan Matematik..jadi memang tak rasa tertekan pun..seronok ada la, sebab rasa makin  pandai skit berbanding sebelumnya..alhamdulillah...sekarang ni jadi Guru Tuisyen plak, alhamdulillah...moga anak2 didik dapat menguasai subjek yang diambil..amin