Saturday, November 26, 2011

GURU 360 darjah


apakah itu??? hmm..GURU 360 darjah..cuba teliti gambar kartun tu..bnyk kan, KEJE CIKGU ni?...itulah hakikatnya... ;) GURU perlu memikul setiap sudut tanggungjawab...

Bukan nak merungut, cuma nak memberitahu kpd sesiapa yang tak sedar atau tak tahu, bahawasanya keje cikgu bukan setakat MENGAJAR sahaja...kalau ada si TERUNA nak menjadikan seorg CIKGU sebagai SURI hidup mu..atau ada pakcik makcik yang nak menjadikan seorg CIKGU sebagai menantu,dek kerana kerja setengah hari..dan boleh bagi tumpuan lebih pada keluarga.. ada baiknya difikirkan berkali-kali.. :)

sekilas pandang CIKGU ni keje setengah hari..hakikatnya selalu jugak la lebih drpd setengah hari..kekadang perlu juga bertugas pada hari cuti..kalau cuti sekolah 'boleh dipanggil bertugas pada bila2 masa'...keje tak habis kat sekolah, terpaksa bawa balik kerja ke rumah..cam CIKGU dlm gambar tu..mana kan mampu dihabiskan KEJE yang begitu banyak di sekolah ...kat sekolah kena MENGAJAR..MENDIDIK..ini TUGAS HAKIKI..KEJE2 yg lain pun tetap perlu dikelek..tanpa ada satu pun yg tercicir..

Kenapa diri ini nak menjadi CIKGU? masa sekolah rendah, mak mengasuh anak2 jiran..ibu bapa diaorg semuanya CIKGU..nmpk cam rileks je, setengah hari dah balik rumah..bestnye la bisik hati kecik ni..hehe..lagi pun drpd kecik diri ini kena mengajar adik2..ajar ABC, 123, alif ba ta, sifir..almaklum la anak sulong la katakan..balik kampung..arwah opah suruh mengajar sepupu sepapat plak..kadang2 kami main CIKGU2...hihi...so, mmg minat mengajar secara tak langsung..dlm buku autograph pun tulis 'cita2: Pensyarah, Guru'...

syukur alhamdulillah..belajar punya belajar..dapatlah segulung ijazah PENDIDIKAN..akhirnya cita2 tercapai..PENSYARAH??? sampai saat ini masih belum berminat nak teruskan cita2 tu..belum puas dipanggil 'CIKGU' ;) ...gembira tidak terkata dpt jadi CIKGU, tapi kegembiraan itu bagai direntap pada tahun pertama bergelar seorang CIKGU..bukan sebab dah tak minat mengajar, tapi tak tahan dengan KEJE yang banyak itu...hampir2 give up..dlm hati tak habis2 berkata "kalau tak jadi cikgu pun takpe kalau camni"...rupanya CIKGU adalah pekerjaan 360 darjah..perlu tahu buat semua KEJE2 lain yang diamanahkan...CIKGU kena tahu mengajar (wajib), kena tahu menjadi setiausaha (buat minit, surat dll), kena tahu jadi coach (kokurikulum) , dll (bleh rujuk gambar)...setahun dua tu mmg perit la, nangis babe!...sementara nak biasakan diri..masa tu nak mengajar pun agak terkial2..berkepit ngan buku je ngalahkan bebudak yg nak peksa..coz kalau tak kuasai apa yg nak diajar cmn nak mengajar plak kan??..sambil2 tu kena plak buat keje2 sampingan yg lain..kena uruskan itu ini..masa tu rasa diri ini lah yg paling sibuk..tak menang tangan rasanya..TAPI hakikatnya itu baru 10% daripada keSIBUKan sebenar seorg CIKGU..

setelah hampir sedekad menjadi CIKGU..diri ini masih SIBUK..skrg ni double triple SIBUK rasanya kalau nak dibandingkan ngan dulu..tapi dah lebih tenang menghadapi situasi..alhamdulillah..dulu rasa susah coz semua benda pun tak tau..kadang2 kena mulakan KEJE dgn keadaan ZERO pengetahuan tentang bahagian tersebut..KUNCI UTAMAnya berTANYA...ni ada pepatah moden "MALAS berTANYA, SUSAH la nak buat KEJE" hehehe..

buat sesiapa yang nak menjadi GURU...atau yang BARU menjadi GURU..kita tak boleh lari daripada menjadi GURU 360 DARJAH...siap sediakanlah diri mu wahai PENDIDIK..ringankanlah mulut mu berTANYA dan rajinlah BELAJAR..BELAJAR daripada org yg lebih berpengalaman..BELAJAR daripada PENGALAMAN..jangan berhenti mengayuh...wallahu'alam

>>jiran2 dulu tu, CIKGU2 tu..sudah tak rileks gak.."kalau la along tahu jadi CIKGU ni sibuk cmni, tak jadi CIKGU la kot"..diri ini sekadar bergurau ngan jiran2..hehe..in fact I LOVE my PROFESSION so much..

Wednesday, October 19, 2011

ALANGKAH BAIKNYA

Dengan nama Allah...

Loya rasanya tekak ni..
Pusing rasanya kepala ni..
Bukan kerana demam, bukan juga kerana migrain..
tapi loya dan pusing tatkala melihat anak2 didik yang hobinya berkeliaran..
mengalahkan pak guard lagaknya..

Pantang ada ruang dan peluang, mereka2 ini akan beroperasi..
berbondong-bondong keluar daripada kelas, terutamanya budak lelaki...
pabila diajukan soalan, "ke tandas" katanya..
pabila ditanya lagi "siapa yang memberikan kebenaran?", jawapannya mudah "takde cikgu dalam kelas"
walhal, waktu itu pertukaran masa..cikgu seterusnya masih lagi on the way ke kelas..

Saya ni terlalu obses dengan profession ini..
mungkin kerana itu, saya sentiasa ambil pusing dengan semua itu..
sehingga pusing kepala ini...

ada rakan2 yang mengatakan "Biasa la, budak2 memang camtu..tegur banyak kali pun camtu gak"
kata bos plak "semua guru adalah guru disiplin..boleh tegur pelajar2 yang melanggar disiplin"
tapi kalau setakat cikgu biasa ni menegur, nak plak cikgu perempuan, 
budak2 buat kita ni macam tunggul je..
sebab tu la agaknya, ramai cikgu terutamanya yang perempuan mengambil sikap berdiam diri
dan nampak seperti 'tidak ambil peduli'
kata mereka "Cikgu lelaki la yang sepatutnya lebih bertindak"
hakikatnya mereka2 ini dah muak diperkotak katikkan oleh anak2 lelaki ini..

kata rakan kaunselor, guna konsep 'ALANGKAH BAIKNYA'
andai kita tak boleh mengawal keadaan, katakan pada diri "Alangkah baiknya"


Alangkah baiknya,
kalau ada dalam kalangan Cikgu Lelaki yang menegur disiplin pelajar2 lelaki



Alangkah baiknya, 
kalau ada dalam kalangan pentadbir yang membuat rondaan berkala 

Alangkah baiknya,
kalau ada dalam kalangan AJK disiplin yang membuat rondaan berkala

Alangkah baiknya...
kalau cikgu2 semua sedar tanggungjawab kita bersama...
mungkin disiplin pelajar2 akan lebih terjaga...

Alangkah baiknya, kan?





Saturday, October 1, 2011

Baca & Nilaikan


Bismillah,
Saya terbaca artikel ni di http://www.ohtidak.com/oh-keluhan-guru-kerja-lebih-masa/ dan saya agak terkesan dengan komen2 yang dilontarkan. Komen terdiri daripda pelbagai latar belakang individu, dan rasanya saya malu sendiri apabila membaca sesetengah komen para pendidik. Malu kerana, komen2 itu agak kurang manis. Kat sini saya selitkan beberapa komen (komputer prob skit, tak boleh nak print screen..makanya terpaksa amik gambar la)









Secara sedar atau tidak kita sering menilai percakapan orang2 disekeliling kita, betul tak? dan kita juga akan dinilai. dan kalian yang sedang membaca entry ini secara tidak langsung sedang menilai saya, kan? Ini kerana pengucapan seseorang dapat menggambarkan sedikit mengenai seseorang individu itu. Perwatakan dan mungkin juga cara pemikiran kita.  Saya petik kata2 LoveCikgu "agak lucu cara anda berfikir". Malu sendiri saya tatkala membacanya. Manakan tidak. Kita disarankan agar memiliki Minda Kelas Pertama, bukan? Malangnya, komen2 di atas tidak menggambarkan kelompok Minda Kelas Pertama.

Ya, saya setuju yang kita ni banyak kerja2 lain selain daripada mengajar. Itu HAKIKAT dunia pendidikan sekarang yang harus kita akui. Kita bukan lagi berada di zaman 20-30 tahun lepas, kita berada di era millenium. Maka kerjanya juga harus millenium dalam ertikata yang lain kerja semakin sukar dan kerja semakin banyak malah semakin mencabar. Zaman sekarang zaman dokumentasi, kerja di bidang mana pun kena buat dokumentasi. Semua bidang perlu membuat kertas kerja dan mengisi borang itu dan ini. Saya sendiri mengambil masa 3tahun untuk menerima hakikat bahawasanya kerja PENDIDIK lebih daripada mengajar. Usia pekerjaan menginjak ke 10 tahun, membuatkan saya semakin lali dengan tugasan-tugasan selain mengajar dan seronok melakukannya. Walaupun kadang2 menuntut masa yang lebih di sekolah. Malah saya bersyukur kerana dapat belajar pelbagai benda dan melalui pelbagai rintangan dalam dunia pendidikan dan menjadikan saya seorang yang lebih matang dan lebih berguna. Andai tugas PENDIDIK hanya MENGAJAR, mungkin ilmu dan kemahiran saya tidak berkembang. Kata bijak pandai orang berada satu tahap dan tiada peningkatan nilai dalam hidupnya adalah orang yang rugi. Masih banyak yang perlu saya pelajari, cetek sangat rasanya ilmu ini andai dibandingkan dengan mereka2 yang telah berada dalam dunia ini 20-30 tahun lamanya. Makanya pada pandangan saya, apa sahaja yang kita lakukan selain daripada mengajar akan menjadikan kita manusia yang terbaik dan kaya dengan pengalaman, insyaAllah. Pengalaman itu terlalu mahal harganya.


cuba fikir2kan semula adakah kalian benar2 ingin menjadi PENDIDIK? adakah korang betul2 cintakan dunia pendidikan masa mula2 memohon untuk mengikuti program latihan perguruan. Atau seperti kata rakan2 guru kita ni, anda pilih kerana terpaksa. Bijak pandai ada mengatakan buat kerja yang kita suka, susah macam mana pun kita akan harungi dan kita akan puas dengan kerja yang kita buat tu.


See, semua kerja ada beban masing2. Betulkan semula minda kita semua, setiap kerja ada susahnya.

Pada pandangan saya (yang masih kurang pengalaman ini), ada 2 sebab utama membuat cikgu2 tension dan melenting apabila merespon.

  1. Masyarakat sekeliling sering mengatakan kerja cikgu ni senang. (yang pada hakikatnya tidak mudah)
  2. Konflik dengan pentadbiran di sekolah masing2. (pentadbiran yang berat sebelah atau tidak cekap)
Makanya, masyarakat sekeliling jangan sekali-kali menganggap yang jadi cikgu ni mudah. Masyarakat umum perlu maklum tentang itu. "Korang, cikgu senang la. keje sekerat hari. tak macam kami ni, kadang2 sampai malam baru boleh balik." dialog2 macam ni yang membuatkan cikgu2 agak kurang selesa dan ramai yang sakit hati. Mungkin entry 'Seorang Guru Biasa' (klik untuk baca)dapat membuka minda masyarakat di luar sana bahawasanya kerja cikgu bukanlah semudah yang disangka.

Jika kita semua menganggap yang kerja cikgu ni bukannya mudah, secara tidak langsung kita akan persiapkan minda kita untuk sebarang kemungkinan. Yang pasangannya cikgu, tak perlu la nak melenting andai pasangan anda masih di sekolah menyiapkan kerja. Dan cikgu2 pula tak perlu la nak merungut andai banyak kerja dan tanggungjawab di sekolah. Sekarang ni memang tiada istilah kerja separuh hari dan tiada istilah bercuti panjang buat cikgu2, ok. Jadi, jika anda ingin berkahwin dengan cikgu anda perlu memahaminya. Andai semua pihak memahami, insyaAllah cikgu2 akan lebih tenang dalam menjalankan tugas2.

Andai tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran pula, cubalah berbincang elok2. Semua benda boleh di bawa berbincang. Andai perbincangan tidak berhasil, bersabarlah kerana Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang bersabar. Kita ni bekerja bukan untuk NAMA, kan? Andai itu yang dikejar, kita akan rasa penat. Tak kisahlah siapa yang dapat nama. Tak kisahlah andai guru besar/pengetua dan 1-2 orang guru sahaja yang diberikan ganjaran. Kerana kita harus sedar yang kita bekerja kerana apa? kerana siapa? Kita bekerja kerana nak mendapatkan redha Allah dan kita bekerja semata-mata kerana DIA.

Kita selalu guna ungkapan 'Kerja Itu Ibadah' hanya betul apabila segala kerja yang kita lakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah. Agak2nya bila kita merungut-rungut camni dengan kata2 yang agak kurang manis, Allah terima ke, kerja kita tu sebagai ibadah? renung-renungkan...

Contohilah guru2 otai. Mereka bekerja daripada Hati Nurani.

>>coretan ini adalah daripada seorang yang masih kurang pengalaman dan masih banyak  yang perlu dipelajari. segala yang baik itu adalah daripada Allah SWT dan segala kelemahan adalah daripada diri ini sendiri.

Thursday, August 11, 2011

kerja2 yg perlu disiapkan segera:

1.PEKA (5org je lg), TARGET SIAP ARINI
2.siapkan tapak SAPS, RABU-KASI TAKLIMAT KAT RAKAN2 GURU
3.marking percubaan PMR, '100 x 2' skrip jwpn (analisis item + post mortem 3kelas - tak sentuh lagi) -SELASA NAK KENA BINCANG ngan bebudak DAH...

kepala ku berpusing, mcm gasing...apa2 pun...OKEH!!! FOKUS!! BismillaHIRRAHMANIRRAHIM

p/s: ni bukan bersungut ye..sj senaraikan supaya ringan sikit kepala ni ;)

Tuesday, July 26, 2011

WEEK b4 TRIAL

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur alhamdulillah...silibus tuk semua tingkatan 3 dan 5 telah dapat dihabiskan minggu ni..dalam pada tu, ulangkaji topik2 tingkatan 1 & 2 bagi calon2 PMR DAN ulangkaji topik2 tingkatan 4 bagi calon2 SPM telah dilaksanakan sebelum Peperiksaan Petengahan Tahun lagi sehinggalah saat ini.

Calon2 PMR bakal menduduki Peperiksaan Percubaan Bersama Negeri KEDAH (07 Ogos 2011) manakala calon2 SPM pula bakal menduduki Peperiksaan Percubaan Bersama Negeri KEDAH (14 Ogos 2011)...

makanya sekarang ni tengah mempersiapkan bakal2 calon dengan soalan2 latih tubi sebagai senjata menduduki peperiksaan...

STRATEGI PMR (SAINS)
  • Kelas Tambahan Berfokus (Jumaat 8.30am - 10.30am)
Sasaran : 56 calon (target A & B) - dibahagikan kepada 2 kumpulan
Bahan: soalan2 PPB Negeri2 2009-2010
  • Kelas Berfokus
Sasaran : semua (K1: cemerlang, K2: sederhana, K3: Lemah - dibahagikan mengikut ETR HC)
Bahan : soalan2 PPB Negeri2 2011 (K1 & K2) **soalan2 PMR 2005-2010 (K3)


STRATEGI SPM (KIMIA)
  • sebelum percubaan
  1. Bengkel Kimia (Guru Cemerlang)
  2. Klinik Kimia (pelajar bebas bertanya soalan2 SPM 2005-2010 yang tidak difahami pada bila2 masa)
  • selepas percubaan
  1. soalan2 PPB Negeri2 -K2 (section A) K3 (S1&S2) 15min buat & bincang setiap soalan
  2. K1, K2 (section B&C), K3 (S3) - ulangkaji di rumah
  3. Klinik Kimia (masih terbuka )

moga semua yang dirancang dipermudahkan Allah hendaknya...saya mendoakan agar anak2 didik tidak berputus asa dan terus berusaha...dan saya sendiri, moga tidak pernah jemu berkongsi ilmu dan mendidik..insyaAllah..amin

Saturday, June 25, 2011

INVESTIGATOR


this is 1 of my favourite tv show...pendek kata bab2 siri penyiasatan ni memang minat lah..masa kecik2 dulu minat baca siri penyiasatan '5 SEKAWAN'..kalau cerita kartun, dah semestinya CONAN..hehe

ingatkan jadi cikgu ni ngajar je..rupa-rupanya kena jadi penyiasat gak ek...tak nanti cikgu disiplin, cikgu mata pelajaran pun kena menyiasat...kena siaisat setiap kelemahan pelajar...pastu kena jadi doktor plak, bagi UBAT yang sesuai dengan PENYAKIT pelajar tu... ;)



leceh..memang la leceh..bak kata Tuan Pengetua Basree, nak buat ke, tak nak...hehe..tapi banyak faedahnya jika kita buat bebetul ANALISI ITEM ni, kita akan ketahui kelemahan pelajar kita tu..bab mana yang perlu diberi penekanan..kalau kita hanya kira je berapa ramai yang betul tuk soalan 1 misalnya, kita takkan tau siapa empunya diri yang betul dan siapa plak yang salah tu...akhirnya kita hanya buat analisis tu sebab pentadbir yang suruh..sebab nak kena ada simpanan dalam fail panitia...akhirnya kita buat tapi ia tidak mencapai objektif..sayang sekali, keje yang kita buat tu hanya sia-sia..

dan ada 1 lagi siri penyiasatan yang perlu dibuat oleh cikgu2...ramai yang pening dan serabut perut bila sebut bab ni, HEADCOUNT..hahaha...semua sekolah buat..tapi tu lah, tak ramai yang menggunakannya...tak kurang jugak ramai yang merungut..mengarutlah!! tak logik lah!!...




tak logik, mungkin kerana sekolah meletakkan sasaran yang terlampau tinggi..dan ramai daripada kita tak tau camna sebenarnya nak meletakkan ETR setiap pelajar, termasuklah saya...saya pun baru tau minggu lepas, rupanya ada formula dan caranya tuk buat ETR agar ia lebih realistik.moga pihak sekolah dapat mengadakan kursus HEADCOUNT yang sebenar-benarnyanya...

HEADCOUNT Sebagai Panduan Guru(klik sini)

saya tengah buat analisis sekarang ni...banyak yang bermain dalam pemikiran sekarang ni...insyaAllah agar keje yang dibuat ni tak sia-sia, saya akan bagi homework yang berbeza kepada diaorg sebagai ulangkaji...setakat ni saya cuma pecahkan bebudak tu kepada kumpulan yang berbeza mengikut tahap pencapaian (berdasarkan HEADCOUNT) semasa p&p dan alhamdulillah ada sedikit harapan di situ..moga bebudak ni sedar tanggungjawab diaorg sebagai pelajar, dan saya dapat bantu diaorg tuk SKOR, insyaAllah.