Thursday, November 19, 2009

Pembelajaran &Pengajaran yang 'landing'

SENARAI SEMAK / GARIS PANDUAN P&P BERKESAN

1. Persediaan Awal:

1.1 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan terkini yang merangkumi sepanjang tahun persekolahan semasa.
1.2 Persediaan mental dan fizikal.
1.3 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian berdasarkan tahap kebolehan dan keupayaan pelajar dan mengandungi:
-objektif atau hasil pembelajaran yang boleh diukur
-aktiviti yang sesuai
-penggunaan BBM yang sesuai
-menepati waktu yang telah ditetapkan
-set induksi yang menarik dan merangsang minat pelajar

2. Pelaksanaan Pengajaran Pembelajaran / Penyampaian

2.1 Menepati masa
2.2 Bilik kelas yang kondusif
3.3 Memastikan pelajar berada dalam keadaan bersedia
2.4 Guru menyampaikan pengajaran dengan:
-memulakan pengajaran dengan set induksi yang menarik
-mengamalkan pendekatan berasaskan prinsip mudah kepada kompleks, konkrit kepada abstrak
-hubungkait pengajaran dengan kehidupan pelajar
-menggunakan bahasa yang tepat
-menggunakan bahan pengajaran yang sesuai dan berkesan
-kaedah p&p berpusatkan pelajaran
-melaksanakan aktiviti mengikut pelbagai kecerdasan
-fleksibel mengikut situasi
-penilaian berterusan semasa p&p sama ada secara lisan atau bertulis
-mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif

3. Tindakan Selepas Pengajaran Pembelajaran

3.1 Guru memberikan latihan/tugasan kepada pelajar dengan:
-mengikut keupayaan dan kebolehan pelajar
-tugasan mesti berkait dengan tajuk yang dipelajari
-menunjukkan kesilapan pelajar
-memeriksa latihan dlm tempoh/kekerapan yang munasabah
-memberi ulasan yang membina
-memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik
-memastikan pelajar membuat pembetulan
-membuat refleksi kekuatan dan kelemahan pelajar
-membuat penutupan sosial (kenyataan yg mententeramkan emosi pelajar dan persediaan untuk pelajaran akan datang)

No comments:

Post a Comment