Saturday, November 21, 2009

LESSON STUDY Programme

LESSON STUDY (LS)merupakan kaedah yang telah lama digunakan di Jepun dan Amerika Syarikat. Mengikut kajian, kaedah ini telah berjaya meningkatan prestasi murid-murid Jepun melalui perkongsian ilmu dikalangan guru-guru dengan menggunakan kaedah LS sebagai terasnya.


Sesetengah sekolah di Malaysia mempraktikkan penghasilkan Rancangan Pengajaran (RP) secara bersama. Idea sedemikian adalah hampir sama dengan LS, cumanya LS direkabentuk supaya guru-guru bukan sahaja dapat menghasilkan RP yang sama tetapi juga penghasilannya secara R&D. Pada peringkat awal penghasilannya guru-guru boleh la menggunakan pengalaman sebagai teras utama semasa pembinaan RP berbekalkan Teknik Pengajaran dan Pedagogi. klik sini-bahan bacaan tambahan.


*Berikut merupakan Bengkel Lesson Study- Panitia Sains; yang saya jalankan di SMKG pada 5 November 2009. Moga perkongsian ilmu ini dapat mengahasilkan RP yang lebih berkualiti, berpusatkan murid dan ke arah pembelajaran sains yang lebih menyeronokkan. Ini bersesuai dengan tema yang telah kami tentukan bersama iaitu "Learning Science is Fun".


sesi Pengenalan kepada Lesson Study
Cikgu Nor Asmah Baharom berkongsi ilmu yang diperolehi daripada seminar yang dihadirinya; berkenaan teknik-teknik pengajaran yang berpusatkan murid dan menyeronokkan. "Mempelajari Sains seharusnya seronok dan bukan seperti yang pelajar kita hadapi sekarang membosankan dan stress"
sesi bengkel semasa proses penghasilan RP yang lebih mantap dan sesuai dengan aras murid tanpa melupakan tema "Learning Science is Fun"

Perkongsian hasil RP. Cikgu Naeimah membentangkan Sains Tingkatan 1; Bab 1

>>kepada semua cikgu-cikgu sains SMKG, terima kasih di atas kerjasama yang diberikan...InsyaAllah Bengkel Lesson Study; Fasa 2 akan memberi lebih pendedahan kepada teknik-teknik pengajaran yang menarik...sesungguhnya idea ini hanya tinggal idea sahaja dan terkubur bersama bengkel ini andai kata kita tidak mengaplikasikan apa yang diperolehi pada hari tersebut..ia bukan idea yang baru cumanya disusun semula agar lebih bermakna..All the Best to All of You..don't forget our mission for January 2010, complete RP; Bab 1 untuk semua tingkatan..insyaAllah..."Jadikan MASALAH sebagai CABARAN dan bukannya HALANGAN"

No comments:

Post a Comment