Saturday, January 29, 2011

Apa gunanya berFORUM?

ada macam-macam jenis forum yang wujud secara maya ni, kan? saya join forum secara suka-suka pada tahun 2008..masa ni facebook belum popular lagi...ada 2-3 forum yang saya join..ada yang khas tuk cikgu-cikgi, ada yang tuk geng bisnes je dan ada yang tuk macam2..dan yang paling saya suka, Mesra.net...sbb forum tak terhad kepada sesuatu bidang saje, so pelbagai jenis manusia yang join forum ni..meriah!!! memang meriah!!!


saya bukan nak mengajak kalian berforum atau nak mempromosikan Mesra.net..tapi dengan berforumlah saya dapat beberapa idea daripada rakan-rakan forum..perkongsian secara santai ni saya ambil serius dan ada yang saya aplikasikan dalam kelas:

Cik Nurul -26 Nov 2008-
kelas ujung..pembelajaran dlm bntuk game sbb diorg nih x ske ngadap buku..hehe.nk ckp mmg mudah..tp nk wat..adeh..payah ya amat..


Saya-Nov 30 2008-
kaedah yg akan aku guna next year tuk atasi masalah dlm kelas2 ujung:

1. masalah: budak lambat ke lab
penyelesaian: aku akan p jemput diaorg kat kelas setiap kali nak ke makmal..(dgn gembiranya)
akan rugi 10-15min sblm kelas on tapi ni lebih baik drpd ade bdk yg ponteng o sengaja lambat...(kalo sblm 2 ade kelas kena cpt2 kuar on time)
*thn ni aku tunggu diaorg kat lab smbil setup laptop,lcd o bhn eksperimen...n tgk diaorg dari jauh dgn geram..ekeke

2. masalah : budak selalu x bawa buku o buku hilang (alasan je nih)
penyelesaian : aku akan kutip semula buku setiap kali abis kelas..so bdk xde alasan x bawa buku...
*thn ni aku kutip sebulan skali..buku bebudak yg cam bungkus belacan pun ade...adoiiaiii

3. masalah : budak bosan dlm kelas n selalu bising o main
penyelesaian : banyakkan lagi hands-on..bagi diaorg bz..kena reka aktiviti yg bersesuaian ngan topik (mencabar seh)
*thn ni buat gak sikit..yg best treasure hunt..pastu diaorg kena susun food chain yg diaorg dah kumpul...

4. masalah : budak xsuka tulis nota
penyelesaian : aku akan cuba buat modul yg budak kena isi jwpn je..(x start2 buat lagi)
*thn ni aku bagi nota berbentuk mind mapping..tapi budak ujung ssh nak phm (walaupun bagi aku dah cukup senang)

setakat ni je la yg dpt aku fkr..misi aku next year...spy bebudak srnk belajar dlm kelas aku tanpa rasa tension...n spy aku pun x tension..insyaAllah

//tapi aku blur lagi..camne nak design p&p yg seronok tuh blum.gif

sweetnina-1 Dec 2008 - seorang cikgu dapat anugerah inovatif...dia design satu mainan tentang kitar hidup seekor katak untuk matapelajaran sains..sebabnya dia ngajar kelas hujung, memang kelas ni ada masalah mengingat atau membaca..dia buat kajian ....eksperimenla kiranya..memang terbukti mereka lebih mudah mengingat pastuh..so...no more chalk and talk maybe? heee biggrin.gif

saya-9 Dec 2008-
camne nak buat kajian tindakan..

tesis dulu x buat yg kajian nih...aku buat program CD learning...

cam senang...tapi xtau nak start camne...adoi la..
Sama macam nak buat kajian2 lain.

pkut-9 Dec 2008 -
Guru Sains patutnya tak ada masalah.... kalau guru Sains ada masalah nak buat kajian tindakan, guru lain tentu lagi problem.
Secara ringkas: 1. Identify the problem and the target group. 2. Collect data to determine possible causes of the problem. 3. Identify possible measurable ways to solve the problem. 4. Carry out the tasks and measure the results. 5. Tulis laporan. Macam tu lah lebih kurang..... kot....

Rahim11-19 Jan 2009-
Wada,

seriously....

beli buku The 7 Habits of Highly Effective People
Baca & faham. Kalau tak faham apa2, tanya saya (cheh... macam expert pulak smile.gif )
ajar budak2 tu kandungan buku tu sikit2 setiap kali masuk kelas.
Kandungan buku tu boleh membentuk cara pemikiran budak2 tu - biar lebih bertanggungjawab.

Epi79- 17 Feb 2009-
saya memang setuju sangat penggunaan modul dalam pengajaran. cth; pljr saya tahun lepas ada yang dapat A walaupun kelas 2 akhir. Alhamdulillah. Mana2 kawan2 yang ada modul boleh le kita share. skang ni saya tengah bat modul untuk aktiviti koko pulak utk unit uniform. in progress.

melalui perbincangan-perbincangan yang aktif dengan rakan-rakan forum, alhamdulillah beberapa masalah dengan murid-murid dapat saya atasi :
- 90% p&p menggunakan modul
- pembelajaran dalam kelas lebih aktif >> permainan, simulasi, main peranan, ICT

- Kajian Tindakan 'Pandang-pandang, Jeling-jeling' 2009 : terpilih ke Peringkat Negeri
sebelum ni, nak buat kajian pun tak tau...thanks pkut
- Inovasi 'CF set' 2010 : terpilih ke Peringkat Kebangsaan
tak pernah terfikir pun nak buat sebarang inovasi...thanks sweetnina

>>bagi saya dengan berforum secara sihat, kita dapat bertukar-tukar pandangan dan membantu antara satu sama lain untuk mencapai kecemerlangan..
'together we achieve more'..'the more, the merrier'..'never give up'

Friday, January 28, 2011

P&P

9tahun lepas saya merasakan saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang guru dengan baik..tapi pada tahun 2008 saya mula sedar, P&P saya membosankan..sehala..terlalu tertumpu kepada peperiksaan..apa yang menyedarkan saya? siapa yang menyedarkan saya? MURID..peluang mengajar murid Tingkatan 2, telah membuka mata ini..maybe coz diaorg ni budak2..suka main2...diaorg yang cadangkan supaya main 'explore race', coz dah bosan belajar..hehe..so, tercetuslah 'food chain-explore race'...memang fun..bertitik tolak daripada situ, saya mula mengubah p&p sehala..sedar atau tidak, menggunakan perisian & video2 juga membosankan murid-murid dan juga sehala..p&p adalah sesuatu yang aktif..murid perlu bergerak..pembelajaran melalui pengalaman..

aktiviti kelas Januari~2011 blum.gif ...ke arah penerapan Kaedah Pelbagai dalam P&P




saya ingin menyeru diri saya sendiri dan guru-guru sekalian, jom kita sama-sama memantapkan pembelajaran & pengajaran (p&p) di dalam kelas dan pelbagaikan aktiviti ko-kurikulum..agar murid tidak lagi BOSAN berada di SEKOLAH..

Oprah Show " Waiting For Superman"

sebagai seorang guru, saya agak terkesan dengan topik perbincangan mereka...WAITING FOR "SUPERMAN": THE MOVIE THAT COULD REVOLUTIONIZE AMERICA'S SCHOOLS...isu yang dibincangkan berkisar mengenai murid-murid yang tercicir daripada sekolah dan tidak sampai ke pringkat diploma...statistik berikut mengejutkan seluruh Amerika..
fenomena ini berlaku dalam kalangan mereka-mereka yang miskin..masyarakat miskin yang tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah elit..di mana, pendidikan di sekolah-sekolah awam dikatakan berada pada tahap yang rendah..guru-guru di sekolah awam adalah mereka-mereka yang kurang bersemangat mengajar dan kurang kemahirannya..

walaupun isu ini lebih tertumpu kepada Amerika tetapi topik ini agak relevan dengan isu di negara kita sendiri..andai anda seorang guru di sekolah-sekolah kluster, asrama penuh mahupun teknik mungkin anda kurang sedar bahawa masalah keciciran ini juga melanda anak-anak murid di negara kita...saya berpeluang mengajar di dua buah sekolah yang bukan dalam kategori elit...sekolah pertama kategori sekolah pinggir bandar dan sekolah kini adalah sebuah sekolah pedalaman (jauh di dalam kampung)..masalah utama kedua-dua sekolah ini adalah PONTENG dan MISKIN..tahun lepas saya telah terlibat secara langsung dengan Projek Berasaskan Sekolah..tuan pengetua telah memilih isu PONTENG sebagai salah satu isu yang perlu kami tangani..semasa brainstorming untuk mencari faktor-faktor PONTENG, saya ada menyuarakan beberapa faktor antaranya, persekolahan membosankan :sama ada aktiviti di dalam kelas mahupun aktiviti di luar kelas..faktor luar lebih menarik perhatian murid-murid ini..di mana GURU dan SEKOLAH adalah MEMBOSANKAN..tetapi majoriti sepakat menolak faktor ini sebagai faktor utama..majoriti memilih MURID itu sendiri sebagai faktor...MURID MALAS...

dan isu ini juga yang dibincangkan di dalam Oprah Show...mereka sepakat mengatakan, isu MISKIN dan MALAS bukan punca utama MURID CICIR tetapi SEKOLAH dan GURU itu sendiri...ada beberapa sekolah di Amerika yang berjaya melahirkan murid-murid yang berjaya dalam kalangan MURID LEMAH dan RENDAH MOTOVASI...guru-guru di sekolah tersebut cukup berMOTIVASI, berSEMANGAT..semua murid dilayan sama rata..MURID LEMAH di ajar dengan pendekatan yang bersesuaian...hasilnya murid-murid yang dalam kategori LEMAH turut BARJAYA..
misalnya, New Orleans Charter Science and Math Academy—Sci Academy, salah sebuah sekolah yang berjaya melahirkan murid-murid yang berjaya dalam kalangan murid-murid lemah dan ketinggalan...

Academic Results:
More than half of the ninth-graders who entered Sci Academy's inaugural class had failed state promotional tests, and more than 70 percent read well below the ninth-grade level. The school's principal, Ben Marcovitz, says many of these students had missed a full year of schooling because of Hurricane Katrina and were many grades behind.

By designing a program that both addresses their deficits and accelerates them beyond the average, the freshman class later scored a 76 percent on the state test, making it the third most successful high school in New Orleans.

"It is possible to take a kid coming out of eighth grade who is four or five years behind grade level and get them ready for college in their ninth through 12th years, and that's what we're doing here," Ben says.

ramai daripada kita, GURU..tidak mengakui kelemahan kita, kekurangan kita...itu la yang cuba disedarkan oleh pembuat FILEM ini 'waiting for superman'...dan juga isu ini menjadi 'panas' apabila ada Pengetua dan Guru-guru yang kurang cekap diPECAT oleh pihak yang bertangungjawab di negara mereka...agak extreme bukan?? ..mahu atau tidak mahu, kita perlu akui institusi SEKOLAH dan Guru adalah salah satu faktor kepada permasalahan ini...Encik Che Ahamad (kaunselor) menyedarkan kami guru-guru dalam slot LDP minggu lepas, bahawasanya Guru bertangungjawab sepenuhnya MENYEDARKAN murid-murid ini...GURU adalah PENDORONG yang unggul...GURU perlu sentiasa BERSEMANGAT...mungkin kita tidak perlu lagi memikirkan "kenapa ibu bapa diaorang relaks je kalau anak-anak tak nak ke sekolah?", mungkin kita perlu memikirkan "kenapa murid-murid tak nak ke sekolah? kerana SEKOLAH kah? kerana kita, GURU kah?"

mari kita sama-sama menjadi seorang GURU yang sentiasa MENDORONG muri-muridnya tanpa jemu...seorang GURU yang sentiasa BERSEMANGAT mendidik anak-anak muridnya tanpa putus asa..seorang GURU yang OPTIMISTIK..mungkin kitalah SUPERMAN dan SUPERWOMAN yang ditunggu-tungu itu...dan mudah-mudahan masalah KECICIRAN murid & PONTENG dapat ditangani diseluruh DUNIA..insya Allah..

sumber>>http://www.oprah.com/relationships/Waiting-For-Superman_1

Sunday, January 23, 2011

"Saya ni baran jugak orangnya"

itu yg saya ucapkan pada tahun 2009..bertahun-tahun saya menjadi seorang yang cepat marah..panas baran..attitude yang terbina tanpa sedar sejak bergelar seorang guru...sekarang dah makin kurang, insyaAllah..

mungkin cerita kawan saya di salah sebuah forum, boleh dijadikan pedoman buat kita semua..

"sini ader satu citer tentang seorang lelaki yang suka marah2, hari2 ada je dia menyakitkan hati orang. Pada suatu hari, apabila menyedari hakikat yang dia tidak lagi dilayan dan ditegur, dia pergi berjumpa dengan seorang lelaki tua untuk meminta nasihat. Lelaki tua itu meminta dia mengambil satu tukul dan beberapa butir paku. Lelaki tua itu meminta lelaki muda itu mengetuk satu paku ke dinding setiap kali dia berasa teramat marah. Lelaki muda itu pun ikutlah kata org tua itu. Tidak lama kemudian, lelaki muda itu mendapati sudah banyak paku yang terpacak di dinding. Lelaki muda itu pergi berjumpa lagi dengan lelaki tua itu. Lelaki tua itu meminta lelaki muda itu mencabut keluar semua paku yang telah dipakukan. Maka, cabutlah si pemuda semua paku yang berada di dinding. Kelihatan dinding itu berlubang-lubang dan retak. Maka orang tau itu pun berkata," setiap kali kamu memarahi orang lain dan mengeluarkan kata yang menyakitkan, kamu telah meninggalkan kesan di dalam hati setiap manusia itu. Kamu mungkin boleh meminta maaf, tetapi kesannya mendalam sehingga sukar dilupakan...itulah hati manusia."

cikgu-cikgu, begitu juga anak murid kita..jgn marah mereka sehingga tersentuh hati dan maruah, setiap manusia minta dihormati dan dihargai."
mudah-mudahan sebagai guru kita dapat menangani emosi kita dengan baik, insya Allah...