Friday, January 28, 2011

Oprah Show " Waiting For Superman"

sebagai seorang guru, saya agak terkesan dengan topik perbincangan mereka...WAITING FOR "SUPERMAN": THE MOVIE THAT COULD REVOLUTIONIZE AMERICA'S SCHOOLS...isu yang dibincangkan berkisar mengenai murid-murid yang tercicir daripada sekolah dan tidak sampai ke pringkat diploma...statistik berikut mengejutkan seluruh Amerika..
fenomena ini berlaku dalam kalangan mereka-mereka yang miskin..masyarakat miskin yang tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah elit..di mana, pendidikan di sekolah-sekolah awam dikatakan berada pada tahap yang rendah..guru-guru di sekolah awam adalah mereka-mereka yang kurang bersemangat mengajar dan kurang kemahirannya..

walaupun isu ini lebih tertumpu kepada Amerika tetapi topik ini agak relevan dengan isu di negara kita sendiri..andai anda seorang guru di sekolah-sekolah kluster, asrama penuh mahupun teknik mungkin anda kurang sedar bahawa masalah keciciran ini juga melanda anak-anak murid di negara kita...saya berpeluang mengajar di dua buah sekolah yang bukan dalam kategori elit...sekolah pertama kategori sekolah pinggir bandar dan sekolah kini adalah sebuah sekolah pedalaman (jauh di dalam kampung)..masalah utama kedua-dua sekolah ini adalah PONTENG dan MISKIN..tahun lepas saya telah terlibat secara langsung dengan Projek Berasaskan Sekolah..tuan pengetua telah memilih isu PONTENG sebagai salah satu isu yang perlu kami tangani..semasa brainstorming untuk mencari faktor-faktor PONTENG, saya ada menyuarakan beberapa faktor antaranya, persekolahan membosankan :sama ada aktiviti di dalam kelas mahupun aktiviti di luar kelas..faktor luar lebih menarik perhatian murid-murid ini..di mana GURU dan SEKOLAH adalah MEMBOSANKAN..tetapi majoriti sepakat menolak faktor ini sebagai faktor utama..majoriti memilih MURID itu sendiri sebagai faktor...MURID MALAS...

dan isu ini juga yang dibincangkan di dalam Oprah Show...mereka sepakat mengatakan, isu MISKIN dan MALAS bukan punca utama MURID CICIR tetapi SEKOLAH dan GURU itu sendiri...ada beberapa sekolah di Amerika yang berjaya melahirkan murid-murid yang berjaya dalam kalangan MURID LEMAH dan RENDAH MOTOVASI...guru-guru di sekolah tersebut cukup berMOTIVASI, berSEMANGAT..semua murid dilayan sama rata..MURID LEMAH di ajar dengan pendekatan yang bersesuaian...hasilnya murid-murid yang dalam kategori LEMAH turut BARJAYA..
misalnya, New Orleans Charter Science and Math Academy—Sci Academy, salah sebuah sekolah yang berjaya melahirkan murid-murid yang berjaya dalam kalangan murid-murid lemah dan ketinggalan...

Academic Results:
More than half of the ninth-graders who entered Sci Academy's inaugural class had failed state promotional tests, and more than 70 percent read well below the ninth-grade level. The school's principal, Ben Marcovitz, says many of these students had missed a full year of schooling because of Hurricane Katrina and were many grades behind.

By designing a program that both addresses their deficits and accelerates them beyond the average, the freshman class later scored a 76 percent on the state test, making it the third most successful high school in New Orleans.

"It is possible to take a kid coming out of eighth grade who is four or five years behind grade level and get them ready for college in their ninth through 12th years, and that's what we're doing here," Ben says.

ramai daripada kita, GURU..tidak mengakui kelemahan kita, kekurangan kita...itu la yang cuba disedarkan oleh pembuat FILEM ini 'waiting for superman'...dan juga isu ini menjadi 'panas' apabila ada Pengetua dan Guru-guru yang kurang cekap diPECAT oleh pihak yang bertangungjawab di negara mereka...agak extreme bukan?? ..mahu atau tidak mahu, kita perlu akui institusi SEKOLAH dan Guru adalah salah satu faktor kepada permasalahan ini...Encik Che Ahamad (kaunselor) menyedarkan kami guru-guru dalam slot LDP minggu lepas, bahawasanya Guru bertangungjawab sepenuhnya MENYEDARKAN murid-murid ini...GURU adalah PENDORONG yang unggul...GURU perlu sentiasa BERSEMANGAT...mungkin kita tidak perlu lagi memikirkan "kenapa ibu bapa diaorang relaks je kalau anak-anak tak nak ke sekolah?", mungkin kita perlu memikirkan "kenapa murid-murid tak nak ke sekolah? kerana SEKOLAH kah? kerana kita, GURU kah?"

mari kita sama-sama menjadi seorang GURU yang sentiasa MENDORONG muri-muridnya tanpa jemu...seorang GURU yang sentiasa BERSEMANGAT mendidik anak-anak muridnya tanpa putus asa..seorang GURU yang OPTIMISTIK..mungkin kitalah SUPERMAN dan SUPERWOMAN yang ditunggu-tungu itu...dan mudah-mudahan masalah KECICIRAN murid & PONTENG dapat ditangani diseluruh DUNIA..insya Allah..

sumber>>http://www.oprah.com/relationships/Waiting-For-Superman_1

No comments:

Post a Comment