Bismillahirrahmanirrahim…
Kita tak boleh nak UBAH hakikat atau kebenaran..tapi kita boleh UBAH cara kita berfikir..setuju dengan saya???
Diri ini tertarik dengan satu artikel..mengisahkan seorang anak kecil kesedihan kerana sering ditinggalkan ibunya..memandangkan ibunya seorang Doktor, maka selalu On Call..lalu si anak kecil ini bertanya kepada ayahnya..kenapa ibunya perlu sentiasa bekerja..sedangkan ibu kawan2nya sentiasa berada di rumah…si ayah pun memberitahu anaknya bahawa ibunya bukan sekadar bekerja tetapi ibunya membantu orang ramai..dan si ayah bertanya pula kepada anaknya..jika sakit atau cedera siapakah yang si anak ini akan berjumpa..tentulah si anak menjawab Doktor…akhirnya si anak dapat menerima situasi tersebut dengan baik..bijakkan si ayah?? Si ayah telah mengUBAH cara anaknya berfikir…
Camtu la jugak kita sebagai seorang CIKGU…kadang2 keje melambak-lambak, exceed the limit..kita tak boleh nak UBAH yang itu..tapi kita boleh UBAH cara kita berfikir..fikirkan secara menyeluruh..moga dengan tugas-tugas yang kita lakukan, dapat memberikan impak dalam kehidupan kita, anak2 kita, anak2 didik kita, sekolah kita, sedara seIslam kita, bangsa kita dan insyaAllah negara kita yang tercinta MALAYSIA …walaupun kadang2 nampak mcm kurang releven, terutamanya tugas2 di luar bilik darjah…macam2 yang kita perlu handle, kan? Tapi walau sekecil mana pun penglibatan kita dalam tugasan yang diberikan, insyaAllah akan terlihat hasilnya kemudian nanti…kita jangan buat kerana disuruh pihak atasan tapi kita buat keranaNya..biarlah Maha Kuasa yang menilai kerje buat kita tu..
Wassalam..
**emmm alhamdulillah..dah kurang skit stress, lepas saya ubah cara saya berfikir ;) ..wahai diri takmo stress2 lagi k..
No comments:
Post a Comment