Tuesday, March 1, 2011

> Jika Pelajar Lemah, Guru Atau Pelajar Yang Bersalah?

Kerja mendidik pelajar-pelajar atau murid-murid kita adalah hakiki kerja seorang guru sehingga mereka berjaya.
Ada kalanya, guru menyalahkan murid yang tidak tahu atau terlalu lembab. Jika diperingkat atasan pula menyalahkan guru yang tidak pandai mengajar. Apa pandangan rakan-rakan sekalian?-Rustam-
************

salam semua...saya terpanggil tuk memberi respon sekadar kemampuan diri...terlebih dahulu maaf dipinta andai ada yang kurang setuju dengan diri ini..

"Bagi guru pula, lebih kurang sama. Cumanya mereka lebih banyak mendidik dari segi ilmu pelajaran sekolah. Seperti ibubapa mereka juga mesti faham yang tidak semua pelajar adalah sama. Kita selalu dengar orang kata semua orang sama, semua orang ada otak sama, mata sama, tangan kaki dan sebagainya. Mungkin kerana hanya berpegang dengan pemikiran seperti ini lalu mereka tidak endah dengan masalah-masalah pelajar tertentu.
Sebagai guru, mereka sepatutnya sedar yang tugas ini bukan hanya utk bekerja makan gaji, tetapi mendidik seorang manusia. Mereka bukan bekerja menghasilkan benda, tetapi "menghasilkan" manusia. Manusia mempunyai jiwa, jadi para guru seharusnya mengajar dengan jiwa / hati mereka, bukan hanya mengikut buku. Kalau yang lemah mereka harus selami jiwa mereka.. dekatkan hati mereka mengapa mereka tidak berjaya seperti pelajar lain. Bukan hanya mendenda mereka. Jika asyik mendenda tanpa mengetahui apa masalah sebenarnya bila nak selesai?
Bagaimanapun perkara ini tidak bolehlah disamakan dengan pelajar siswa =) kerena para pelajar universiti atau kolej sepatutnya sudah matang dan tahu apa yang patut dilakukan untuk menangani masalah mereka... sebagaimana saya sudah tahu menangani masalah saya sekarang biggrin.gif" -sos cili-
setuju...Guru-guru perlu tanamkan dalam diri memasing untuk MENDIDIK, bukannya mengajar akademik semata...cam kata -sos cili- dekati anak murid kita..bina hubungan di awal sesi pengajaran...ramai!!! camna nak bina hubungan ngan semua? sebagai guru kita akan ada gerak rasa, dekati murid yang bermasalah dahulu...kita hanya mencuba, andai masih tidak berjaya dan murid tetap dengan caranya..kita doakan semoga Allah bukakan pintu hatinya..moga dengan sedikit sentuhan jiwa yang kita berikan, murid ini akan rasa dihargai dan akan lebih mudah mengikuti pelajaran dan berubah sikapnya..

"Tetapi, bagaimana hendak melakukan semua itu jika guru dibebankan dengan pelbagai tugasan yang lain. Fokus terhadap mengajar menjadi semakin kurang kerana kerja-kerja tambahan yang perlu dibuat.
dekat sini la guru perlu work smart...dalam 3thn pertama, guru2 akan rasa terbeban dan lebih menumpukan pada kerja2 lain..untuk itu, guru2 perlu selalu mendekati guru2 senior tuk belajar kaedah mengajar yang efektif...andai tiada guru senior yg dapat berkongsi pengalaman, gunakan ruang siber tuk mencari input...dan mesti ingatkan diri, mendidik adalah tugas utama..

Kalau difikirkan, banyak lagi faktor-faktor lain. Adakah disebabkan pengajaran dan pembelajaran berfokuskan peperiksaan menjadikan pelajar-pelajar kurang berminat? Guru masuk kelas dan membuat soalan2 peperiksaan tahun-tahun yang lalu, atau ada lain nya.
ye..betul tu...guru2 yg mengajar kelas peperiksaan terlalu fokus pada exam..kuncinya..aktiviti..aktiviti...aktiviti..walaupun kelas peperiksaaan, pembelajaran mesti enjoy..di akhir bab boleh selitkan soalan2 past years...latih tubi dan fokus pada p&p bleh mula sebulan sebelum trial..so, kelas takde la boring sangat..

Bagaimana pula pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca meneruskan pengajian mereka sehingga ke sekolah menengah? Sedangkan kemahiran 3M masih belum dikuasai?"
ada murid yg tercicir 2-3thn terus dimasukkan ke kelas mengikut umurnya tanpa mengira kemahiran 3M nya..itu faktor yang kita tak boleh nak elak..persoalannya apa peranan guru mata pelajaran??? sejarah? matematik? geografi? adakah tutup mata je, dan serahkan bulat2 pada guru Bahasa Malaysia?
-Rustam-

"maksudnye kalo dah pelajar tahap bangang amik guru pakar sekalipon mmg tak jadi...sudahnya cehekguu jugak yg salahhh" -kaiser36
saya pernah berkata camtu kat bebudak saya, tapi bila difikirkan semula..kenapa saya tak menggunakan pendekatan yang berbeza?? mungkin cara kita yang salah..melabel murid juga merupakan salah satu sebab kita tak nampak salah kita...muhasabah diri..bayangkan kalau itulah persepsi cikgu pada anak2 kita..apa perasaan kita?

"dalam hal ini tidak boleh menyalahkan antara satu sama lain tanpa usul periksa...
kalu cikgu dah tau pelajar lemah hasil dari penilaian seperti kuiz,test dll...tapi tidak berbuat apa2 baru boleh dikatakan cikgu bermasalah...pendekatan untuk pelajar lemah ini berbeza dgn pelajar yg sederhana atau pandai...mereka perlu diberi lebih perhatian. cikgu kena pandai tackle pelajar2 ni...kalu yg tu dah dpt buat pelajar akan dengar dan buat apa yang disuruh oleh cikgu...insyaallah yang lemah ini akan menjadi pandai..."-cikgu ku"
betul tu cikgu ku...takkan selesai masalah dengan menyalahkan sesama sendiri...guru perlu kreatif...kita tak boleh mengharapkan keajaiban berlaku dalam masa satu malam..usaha perlu berterusan tanpa rasa jemu dan bosan..jika kita bosan apatah lagi dengan anak-anak didik kita..

"tp kalu silibu x hbs kena marah...kena tegur..jad kadang-kadang walapun murid masih tak faham sedangkan dah cuba berkali-kali...still kena move on next topic..bukan x perihatin..bila adakalnya perihatin sgt mkn diri.."-kucing putih-
ada kawan yang cakap mcm tu kat saya..kita ni tak bleh prihatin sangat..kalau semua benda pun kita nak kena fikir mati la...tugas kita hanya mengajar..tapi bagi saya, saya tetap tak setuju dengannya...saya selalu tak habis sillibus..hehe..sbb saya mengajar ikut tahap penguasaan murid..saya mengajar lambat, bila dikaji semula salah satu sebabnya adalah kerana saya bagi nota...bagi nota memakan masa, budak nmpk cam belajar tapi hakikatnya tidak..budak hanya menyalin proses p&p tidak berlaku..budak tak minat, bosan..akhirnya saya menukar kaedah, buat modul, p&p menjadi cepat..banyak masa tuk lakukan aktiviti2..pembelajaran menjadi aktif...saya tak bosan, murid pun enjoy..

ini sebenarnya adalah masalah global...Amerika sendiri menghadapi masalah yang sama..Oprah show turut membincangkan masalah ini...http://inspired-teacher.blogspot.com/2011/...r-superman.html

tidak perlu rasanya mencari salah mana2 pihak...kita hanya perlu tanyakan pada diri, apa lagi yang boleh kita lakukan untuk membantu murid yang lemah ni? GURU adalah PENDIDIK...GURU adalah PEMBIMBING...GURU adalah PENDORONG..mudah-mudahan Allah permudahkan usaha kita ini..amin

sumber>>http://www.mesra.net/forum

No comments:

Post a Comment