Thursday, March 17, 2011

'CF set' suatu Inovasi

Dalam pembelajaran mata pelajaran Kimia, mengingati simbol dan formula ion merupakan satu asas penting bagi murid untuk menulis formula sebatian kimia (Chemical Formulae) dan seterusnya membentuk persamaan kimia. Bertitik tolak daripada perkara ini, satu inovasi telah dihasilkan bagi membantu pelajar Kimia Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dalam mengatasi masalah ini. Oleh yang demikian, CF set iaitu set permainan yang terdiri daripada kad-kad simbol unsur dan cas-cas ion telah diperkenalkan. Inovasi ini sesuai digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (p&p) ataupun boleh dimainkan tanpa pengawasan guru. Permainan ini juga boleh dimainkan secara individu mahupun secara berkumpulan. Tiada sebarang peraturan tetap untuk permainan ini. Berdasarkan kajian tindakan yang telah dijalankan pada tahun 2009 dan penggunaannya pada tahun 2010, CF set ini didapati telah membantu murid dalam menulis formula sebatian kimia dengan betul.


di sini saya kongsikan TIPS bagi mengingati formula-formula ion :

Bagi memudahkan untuk anak2 murid mengingati formula-formula ion>>

Ion positif :

Cuma perlu ingat ion-ion yang bercas positif 1 dan 3 sahaja, selain daripada itu merupakan ion-ion yang bercas positif 2.

Untuk ion-ion bercas positif 1, ingat mnemonic sahaja(Liza Nak Kawin Haji Awang Noh)

Untuk ion-ion bercas positif 3 pula, hanya Aluminium ion dan Iron (III) ion sahaja.

Ion negatif :

Cuma perlu ingat ion-ion yang bercas negatif 2 dan 3 sahaja, selain daripada itu merupakan ion-ion yang bercas negatif 1.

Untuk ion-ion bercas negatif 2, ingat mnemonic sahaja(OCOSO)

Untuk ion bercas negatif 3 pula, hanya chromate ion sahaja.


untuk sebarang pertanyaan sila ajukan ke wadacreation@yahoo.com


No comments:

Post a Comment