Saturday, March 26, 2011

sweet SMS


" Salam hai cikgu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga kpd cikgu kerana telah mendidik, mengajar dan membantu saya dalam pelajaran sehingga saya berjaya dalam pelajaran walaupun kurang cemerlang..saya doakan agar cikgu dirahmati dan disayangi ALLAH S.W.T dan dipanjangkan umur...saya takkan melupakan segala tunjuk ajar yg cikgu ajarkan kpd saya sebaliknya akan menghargainya...kalau ada salah dan silap yang saya lakukan pada cikgu harap cikgu ampunkan...kalau ada jodoh kita akan berjumpa lagi..-ikhlas dr sy M. ARIF AZLI B. AHMAD bekas pelajar 5E tahun 2010-Good Luck!!!"

-->>saya percaya ramai cikgu di luar sana mendapat SMS, email, inbox msg, YM sebegini drpd anak didik masing-masing..bukan ini yang kita harapkan bukan? tapi bagi saya kiriman sebegini membuatkan diri terharu dan hilang semua penat lelah dan membuatkan saya lebih berSEMANGAT dalam mendidik anak bangsa..insyaAllah..what a sweet SMS ;)

Thursday, March 24, 2011

SETIAUSAHA PEPERIKSAAN (SPM)

24/03/2011 Bismillahirrahmanirrahim~

I think semua S/U SPM seluruh Malaysia masih bertungkus-lumus menyiapkan analisis sekolah pada hari ke-2 selepas keputusan SPM keluar...numbers are everywhere...setiap subjek perlu dianalisis..pastu analisis by class plak..kelmarin, ada S/U-S/U yang masih di sekolah sehingga waktu menghampiri senja..ada yang sambung kerja di rumah sehingga lewat malam..itulah dia rencah, asam garam sebagai Setiausaha Peperiksaan Awam..

Next week korang dah boleh menarik nafas lega, insyaAllah…buat S/U SPM SMKG, kita sambung dengan tugas2 untuk Majlis Anugerah Cemerlang plak…senyum semuanya..takmo stress2 k… ;)


~org kuat SPM SMKG~

selaku SETIAUSAHA UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN SMKG, sekalung tahniah diucapkan kepada S/U SPM, Tinie dan Penolong S/U SPM, Natasha dan mantan S/U SPM, Aishah di atas kejayaan kalian menyiapkan analisis SPM..Moga usaha kalian dirahmati Allah...amin

Saturday, March 19, 2011

LOST

Bismillahirrahmanirrahim..

sometimes I lost myself in my buzy world..at this point I know I need some good advices from others..senang nak bagi nasihat kat orang tapi diri sendiri kelam kabut..hehe..so, saya akan ke laman2 motivasi untuk bagi injection kat my motivation level...

bukan susah dan bukan jugak senang to be a good teacher this day..perlu bijak mengurus..bak kata my 4th pengetua, kadang2 kita perlu jadi seperti seorang chef yang pro cam dalam siri 'Top Chef-DIVA channel' tu..atas dapur ada lebih daripada 5 kuali dan semuanya dikendalikan dengan baik dan tidak hangus...good point..but bos, my workselalu hangus ma..how? so, persoalannya..macam mana nak jadi seorang yang terurus dalam urusan kerja seharian & kehidupan seharian..

di sini saya kongsikan hasil pembacaan saya di laman2 motivasi..

1. Cabar Diri Untuk Maju~
Cari peluang baru, bermakna anda perlu strategi baru dan pengurusan diri yang baru..kerana corak kehidupan yang baru akan memberikan anda lebih semangat untuk mengubah pengurusan diri ke arah seorang yang lebih hebat.

2. Just Do It!!
Siapkan kerja esok pada hari ini dan berhenti merungut serta memikirkan bebanan kerja yang diberikan..menyalahkan organisasi juga tidak membawa sebarang faedah.

3. 'Get into the habit to finish up what you start'
Senang kata, alang2 dah buat..buat sampai siap..jangan TANGGUH2..

4. Catatkan
senaraikan kerja2 yang perlu disiapkan kat whiteboard, handphone, buku catatan..supaya diri sentiasa alert..buat sasaran dan jangkamasa tuk disiapkan..

**moga anda dan saya dapat menguruskan kerja2 Dunia Pendidikan kita dengan lebih baik hendaknya..Amin

sumber>>
Tip-Tip Pengurusan Diri (1)
Tip-Tip Pengurusan Diri (2)
Tip-Tip Pengurusan Diri (3)

Thursday, March 17, 2011

'CF set' suatu Inovasi

Dalam pembelajaran mata pelajaran Kimia, mengingati simbol dan formula ion merupakan satu asas penting bagi murid untuk menulis formula sebatian kimia (Chemical Formulae) dan seterusnya membentuk persamaan kimia. Bertitik tolak daripada perkara ini, satu inovasi telah dihasilkan bagi membantu pelajar Kimia Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dalam mengatasi masalah ini. Oleh yang demikian, CF set iaitu set permainan yang terdiri daripada kad-kad simbol unsur dan cas-cas ion telah diperkenalkan. Inovasi ini sesuai digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (p&p) ataupun boleh dimainkan tanpa pengawasan guru. Permainan ini juga boleh dimainkan secara individu mahupun secara berkumpulan. Tiada sebarang peraturan tetap untuk permainan ini. Berdasarkan kajian tindakan yang telah dijalankan pada tahun 2009 dan penggunaannya pada tahun 2010, CF set ini didapati telah membantu murid dalam menulis formula sebatian kimia dengan betul.


di sini saya kongsikan TIPS bagi mengingati formula-formula ion :

Bagi memudahkan untuk anak2 murid mengingati formula-formula ion>>

Ion positif :

Cuma perlu ingat ion-ion yang bercas positif 1 dan 3 sahaja, selain daripada itu merupakan ion-ion yang bercas positif 2.

Untuk ion-ion bercas positif 1, ingat mnemonic sahaja(Liza Nak Kawin Haji Awang Noh)

Untuk ion-ion bercas positif 3 pula, hanya Aluminium ion dan Iron (III) ion sahaja.

Ion negatif :

Cuma perlu ingat ion-ion yang bercas negatif 2 dan 3 sahaja, selain daripada itu merupakan ion-ion yang bercas negatif 1.

Untuk ion-ion bercas negatif 2, ingat mnemonic sahaja(OCOSO)

Untuk ion bercas negatif 3 pula, hanya chromate ion sahaja.


untuk sebarang pertanyaan sila ajukan ke wadacreation@yahoo.com


~UBAH~

Bismillahirrahmanirrahim…

Kita tak boleh nak UBAH hakikat atau kebenaran..tapi kita boleh UBAH cara kita berfikir..setuju dengan saya???

Diri ini tertarik dengan satu artikel..mengisahkan seorang anak kecil kesedihan kerana sering ditinggalkan ibunya..memandangkan ibunya seorang Doktor, maka selalu On Call..lalu si anak kecil ini bertanya kepada ayahnya..kenapa ibunya perlu sentiasa bekerja..sedangkan ibu kawan2nya sentiasa berada di rumah…si ayah pun memberitahu anaknya bahawa ibunya bukan sekadar bekerja tetapi ibunya membantu orang ramai..dan si ayah bertanya pula kepada anaknya..jika sakit atau cedera siapakah yang si anak ini akan berjumpa..tentulah si anak menjawab Doktor…akhirnya si anak dapat menerima situasi tersebut dengan baik..bijakkan si ayah?? Si ayah telah mengUBAH cara anaknya berfikir…

Camtu la jugak kita sebagai seorang CIKGU…kadang2 keje melambak-lambak, exceed the limit..kita tak boleh nak UBAH yang itu..tapi kita boleh UBAH cara kita berfikir..fikirkan secara menyeluruh..moga dengan tugas-tugas yang kita lakukan, dapat memberikan impak dalam kehidupan kita, anak2 kita, anak2 didik kita, sekolah kita, sedara seIslam kita, bangsa kita dan insyaAllah negara kita yang tercinta MALAYSIA …walaupun kadang2 nampak mcm kurang releven, terutamanya tugas2 di luar bilik darjah…macam2 yang kita perlu handle, kan? Tapi walau sekecil mana pun penglibatan kita dalam tugasan yang diberikan, insyaAllah akan terlihat hasilnya kemudian nanti…kita jangan buat kerana disuruh pihak atasan tapi kita buat keranaNya..biarlah Maha Kuasa yang menilai kerje buat kita tu..

Wassalam..

**emmm alhamdulillah..dah kurang skit stress, lepas saya ubah cara saya berfikir ;) ..wahai diri takmo stress2 lagi k..

Tuesday, March 1, 2011

> Jika Pelajar Lemah, Guru Atau Pelajar Yang Bersalah?

Kerja mendidik pelajar-pelajar atau murid-murid kita adalah hakiki kerja seorang guru sehingga mereka berjaya.
Ada kalanya, guru menyalahkan murid yang tidak tahu atau terlalu lembab. Jika diperingkat atasan pula menyalahkan guru yang tidak pandai mengajar. Apa pandangan rakan-rakan sekalian?-Rustam-
************

salam semua...saya terpanggil tuk memberi respon sekadar kemampuan diri...terlebih dahulu maaf dipinta andai ada yang kurang setuju dengan diri ini..

"Bagi guru pula, lebih kurang sama. Cumanya mereka lebih banyak mendidik dari segi ilmu pelajaran sekolah. Seperti ibubapa mereka juga mesti faham yang tidak semua pelajar adalah sama. Kita selalu dengar orang kata semua orang sama, semua orang ada otak sama, mata sama, tangan kaki dan sebagainya. Mungkin kerana hanya berpegang dengan pemikiran seperti ini lalu mereka tidak endah dengan masalah-masalah pelajar tertentu.
Sebagai guru, mereka sepatutnya sedar yang tugas ini bukan hanya utk bekerja makan gaji, tetapi mendidik seorang manusia. Mereka bukan bekerja menghasilkan benda, tetapi "menghasilkan" manusia. Manusia mempunyai jiwa, jadi para guru seharusnya mengajar dengan jiwa / hati mereka, bukan hanya mengikut buku. Kalau yang lemah mereka harus selami jiwa mereka.. dekatkan hati mereka mengapa mereka tidak berjaya seperti pelajar lain. Bukan hanya mendenda mereka. Jika asyik mendenda tanpa mengetahui apa masalah sebenarnya bila nak selesai?
Bagaimanapun perkara ini tidak bolehlah disamakan dengan pelajar siswa =) kerena para pelajar universiti atau kolej sepatutnya sudah matang dan tahu apa yang patut dilakukan untuk menangani masalah mereka... sebagaimana saya sudah tahu menangani masalah saya sekarang biggrin.gif" -sos cili-
setuju...Guru-guru perlu tanamkan dalam diri memasing untuk MENDIDIK, bukannya mengajar akademik semata...cam kata -sos cili- dekati anak murid kita..bina hubungan di awal sesi pengajaran...ramai!!! camna nak bina hubungan ngan semua? sebagai guru kita akan ada gerak rasa, dekati murid yang bermasalah dahulu...kita hanya mencuba, andai masih tidak berjaya dan murid tetap dengan caranya..kita doakan semoga Allah bukakan pintu hatinya..moga dengan sedikit sentuhan jiwa yang kita berikan, murid ini akan rasa dihargai dan akan lebih mudah mengikuti pelajaran dan berubah sikapnya..

"Tetapi, bagaimana hendak melakukan semua itu jika guru dibebankan dengan pelbagai tugasan yang lain. Fokus terhadap mengajar menjadi semakin kurang kerana kerja-kerja tambahan yang perlu dibuat.
dekat sini la guru perlu work smart...dalam 3thn pertama, guru2 akan rasa terbeban dan lebih menumpukan pada kerja2 lain..untuk itu, guru2 perlu selalu mendekati guru2 senior tuk belajar kaedah mengajar yang efektif...andai tiada guru senior yg dapat berkongsi pengalaman, gunakan ruang siber tuk mencari input...dan mesti ingatkan diri, mendidik adalah tugas utama..

Kalau difikirkan, banyak lagi faktor-faktor lain. Adakah disebabkan pengajaran dan pembelajaran berfokuskan peperiksaan menjadikan pelajar-pelajar kurang berminat? Guru masuk kelas dan membuat soalan2 peperiksaan tahun-tahun yang lalu, atau ada lain nya.
ye..betul tu...guru2 yg mengajar kelas peperiksaan terlalu fokus pada exam..kuncinya..aktiviti..aktiviti...aktiviti..walaupun kelas peperiksaaan, pembelajaran mesti enjoy..di akhir bab boleh selitkan soalan2 past years...latih tubi dan fokus pada p&p bleh mula sebulan sebelum trial..so, kelas takde la boring sangat..

Bagaimana pula pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca meneruskan pengajian mereka sehingga ke sekolah menengah? Sedangkan kemahiran 3M masih belum dikuasai?"
ada murid yg tercicir 2-3thn terus dimasukkan ke kelas mengikut umurnya tanpa mengira kemahiran 3M nya..itu faktor yang kita tak boleh nak elak..persoalannya apa peranan guru mata pelajaran??? sejarah? matematik? geografi? adakah tutup mata je, dan serahkan bulat2 pada guru Bahasa Malaysia?
-Rustam-

"maksudnye kalo dah pelajar tahap bangang amik guru pakar sekalipon mmg tak jadi...sudahnya cehekguu jugak yg salahhh" -kaiser36
saya pernah berkata camtu kat bebudak saya, tapi bila difikirkan semula..kenapa saya tak menggunakan pendekatan yang berbeza?? mungkin cara kita yang salah..melabel murid juga merupakan salah satu sebab kita tak nampak salah kita...muhasabah diri..bayangkan kalau itulah persepsi cikgu pada anak2 kita..apa perasaan kita?

"dalam hal ini tidak boleh menyalahkan antara satu sama lain tanpa usul periksa...
kalu cikgu dah tau pelajar lemah hasil dari penilaian seperti kuiz,test dll...tapi tidak berbuat apa2 baru boleh dikatakan cikgu bermasalah...pendekatan untuk pelajar lemah ini berbeza dgn pelajar yg sederhana atau pandai...mereka perlu diberi lebih perhatian. cikgu kena pandai tackle pelajar2 ni...kalu yg tu dah dpt buat pelajar akan dengar dan buat apa yang disuruh oleh cikgu...insyaallah yang lemah ini akan menjadi pandai..."-cikgu ku"
betul tu cikgu ku...takkan selesai masalah dengan menyalahkan sesama sendiri...guru perlu kreatif...kita tak boleh mengharapkan keajaiban berlaku dalam masa satu malam..usaha perlu berterusan tanpa rasa jemu dan bosan..jika kita bosan apatah lagi dengan anak-anak didik kita..

"tp kalu silibu x hbs kena marah...kena tegur..jad kadang-kadang walapun murid masih tak faham sedangkan dah cuba berkali-kali...still kena move on next topic..bukan x perihatin..bila adakalnya perihatin sgt mkn diri.."-kucing putih-
ada kawan yang cakap mcm tu kat saya..kita ni tak bleh prihatin sangat..kalau semua benda pun kita nak kena fikir mati la...tugas kita hanya mengajar..tapi bagi saya, saya tetap tak setuju dengannya...saya selalu tak habis sillibus..hehe..sbb saya mengajar ikut tahap penguasaan murid..saya mengajar lambat, bila dikaji semula salah satu sebabnya adalah kerana saya bagi nota...bagi nota memakan masa, budak nmpk cam belajar tapi hakikatnya tidak..budak hanya menyalin proses p&p tidak berlaku..budak tak minat, bosan..akhirnya saya menukar kaedah, buat modul, p&p menjadi cepat..banyak masa tuk lakukan aktiviti2..pembelajaran menjadi aktif...saya tak bosan, murid pun enjoy..

ini sebenarnya adalah masalah global...Amerika sendiri menghadapi masalah yang sama..Oprah show turut membincangkan masalah ini...http://inspired-teacher.blogspot.com/2011/...r-superman.html

tidak perlu rasanya mencari salah mana2 pihak...kita hanya perlu tanyakan pada diri, apa lagi yang boleh kita lakukan untuk membantu murid yang lemah ni? GURU adalah PENDIDIK...GURU adalah PEMBIMBING...GURU adalah PENDORONG..mudah-mudahan Allah permudahkan usaha kita ini..amin

sumber>>http://www.mesra.net/forum